Lagu
Tuesday, April 29, 2014
Ketua Wiranita Perkasa Parlimen Kampar
Kampar 29.April.2014 Pengerusi Wiranita Perkasa Parlimen Kampar Saudari Hawa Bee akan mengadakan Masyuarat Jawatan kuasa kali pertama di Taman Seri Kampar pada 30. April.2014 jam 8.30 malam. Unit media It mendoakan semua nya berjalan lancar dan jua dapa memantapkan lagi Perkasa Parimen Kampar.. Terima Kasih
Pengerusi Biro Keahlian Perkasa Parlimen Kampar
Kampar 29.April.2014 Sdr Haznol Bin Harun Pengerusi Biro Keahlian Parlimen Kampar merancang untuk membuka meja pendaftaran di Pasaraya TESCO Kampar untuk tujuaan menambah keahlian. Program akan menempatkan kaunter keahlian, kaunter Penerangan dan IT & Media. Insyaallah 2000 ahli perkasa baru akan di capai oleh Perkasa Parlimen Kampar. Terima Kasih.
MEMPERTAHANKAN HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU
Taiping Perak 26 April.2014 bertempat di Hotel Taiping Perdana berlansung satu program MEMPERTAHANKAN HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU dengan slogan 1 PERKASA 1 PERAK. Turut serta menyampaikan ceramah dari PDRM. Manakala ceramah pencerahan perkara 153 perlembagaan persekutuan oleh Sdra Zairol Pengerusi Perkasa Parlimen Ipoh Timor.
Kehadiran peserta dari tiga parlimen,iaitu Parlimen Taiping, Larut dan Bukit Gantang amat mengalakan. Kehadiran keseluruhan 200 orang. YDP Perkasa Perak, Tuan Haji Md Yusuf bin Alang Ahmad turut menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis. Perkasa Kampar merakamkan tahniah kepada Pengerusi Parlimen Taiping, Encik Othman Mohammad serta En Othman bin Yahya Pengerusi Larut dan Jawatankuasa Penganjur kerana berjaya mengadakan program ini. Terima kasih
Thursday, April 24, 2014
Gerak Amal Perkasa Kampar
Jumaat 25 April.2014 Biro Kebajikan Perkasa Kampar bersama Ketua Wira Perkasa Kampar telah turun padang meziarahi Encik Hasimiah Bin Abdul Hakim. Hasil dari lapuran ringkas yang saya terima di meja Media IT beliau berasal dari Gunung Mesah seorang duda dan mempunyai 4 orang anak tapi tiada seorang pun yang datang membantu dari segi kewangan. Hasil lawatan, keadaanya sukar. Alhamdulillah Perkasa Kampar telah turun padang membantu menyelesaikan masaalah nya.(Sumber Watsahapp)
Pengambilan Tanah Pinggir Lombong secara berluasa
Perkasa Kampar amat kecewa dengan sikap penerokaan secara haram, tanah-tanah di pinggir lombong kawasan Tronoh Mines dan Pulau Atap. Kekecewaan ini timbul kerana tanah yang diterokai di penuhi dengan pokok pokok sawit. Peneroka pula memagar termasuk jalan masuk ke lombong berkenaan . Sebahagian lombong lombong di kawasan Kampar ini semuanya telah di pagar dan di kunci, tidak boleh di masuki oleh pemancing dan jua nelayan darat. Bila kami tanya kepada pemilik mereka telah menertenak ikan. Hanya tinggal 3 lombong sahaja yang boleh dilakukan aktiviti memancing. Kawasan yang ada pun kini mula terokai mungkin juga akan di pagar. Harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini. Benarkah kebanyakan lombong telah di miliki ?.
Tuesday, April 22, 2014
Ehsan dari Biro Kebajikan Perkasa Kampar
21.4.2014 . Membantu golongan daif maka usaha membantu dilaksana di Gerai Medan Cahaya Kuala Dipang. Tidur hanya diatas bangku kayu . Usaha membantu, dengan diberi tilam, bantal dan sedikit makanan.Terima kasih usaha murni Pengerusi Biro Kebajikan Perkasa Parlimen Kampar.
Sunday, April 20, 2014
TAKZIAH KEPADA YB DATO DR HJ MOHAMAD AMIN HJ ZAKARIA & KELUARGA
Perkasa Negeri Perak mengucapkan takziah di atas kembalinya ke rahmaatullah Ayahanda kepada YB Dato Dr Hj Mohamad Amin Hj Zakaria, EXCO Pendidikan Negeri Perak dan keluarga beliau. Semoga rohnya bersama golongan yang keberkatan dari ALLAH. Amin.
Saturday, April 19, 2014
1 PERKASA 1PERAK
Program 1 Perkasa 1 Perak anjuran Perkasa Parlimen Bukit Gantang, Larut dan Taiping akan diadakan pada 26hb/4/2014 (Sabtu). Masa : 2.00 petang bertempat Hotel Taiping Perdana Taiping. Semua JK Perkasa Negeri Perak ( Ketua Wiranita, Wirawati dan Wira dan Pengerusi Perkasa Parlimen- Parlimen) dijemput hadir. Penceramah jemputan akan menyeri majlis ini. Pihak penganjur berharap dengan kehadiran JK Negeri . Terima kasih.
Friday, April 18, 2014
UCAPAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA NEGARA (PERKASA) NEGERI PERAK
Merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yusuf Izzuddin Shah sempena Ulang Tahun Keputeraan Tuanku ke 84. Semoga Tuanku Dilanjutkan Usia Dan Perak Terus Maju Di Bawah
Pemerintahan Tuanku Dengan Berkat Keizinan Allah SWT. Semoga Tuanku Akan
Terus Pertahankan Martabat Agama Islam, Bangsa Melayu Dan Tanah Air
Disamping Menjaga Hak Kaum-Kaum Dan Agama lain Yg Sudah Termaktub Dlm
Perlembagaan Negara. Daulat Tuanku.
Thursday, April 17, 2014
MASALAH HAK MILIK TANAH DI PARLIMEN KAMPAR
Terima kasih kepada Sdra Ketua Penerangan dan Pengerusi Biro Kebajikan Perkasa Parlimen Kampar bersama JK Biro yang proaktif yang cuba menyelami masalah hak milik tanah tapak rumah dan tanah usaha pertanian. Usaha yang dilakukan dan mendapat kerjasama baik daripada pihak yang berwajib sedikit sebanyak mengubat duka yang terpendam. Penyelesaian melalui kaedah berbincang antara pengusaha dan pihak berwajib Perkasa Kampar menyanjung tinggi. Apakah pengusaha yang memperolehi tanah akan menjadi kaya dan pihak berwajib menjadi susah. Akhirnya kesejahteraan rakyat menjadi KPI kepada negara yang kita cintai. Siapa lagi yang boleh menolong melainkan hati-hati yang sentiasa mengingat Penciptanya?
Wednesday, April 16, 2014
'Jangan halang hudud, DAP tak wujud di Kelantan'
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini mengkritik keras DAP dan PKR yang didakwa berusaha menghalang PAS daripada melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.Menjuruskan kritikannya kepada DAP, presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, parti itu tiada hak campur tangan dalam pegangan akidah dan syariat Islam atau urusan kerajaan negeri,“Hudud adalah syariat Islam dan hampir 95 peratus rakyat Kelantan adalah umat Islam. Manakala Hudud yang dicadang oleh kerajaan Kelantan adalah untuk orang Islam sahaja.“DAP tidak wujud di Kelantan,” kata ahli politik veteran itu.Peguam kanan Karpal Singh pada 3 April lalu memberi amaran bahawa Parlimen tidak boleh membiarkan usul yang tidak mengikut undang-undang dikemukakan untuk membolehkan kerajaan Kelantan menguat kuasa hudud.Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula hari ini berkata Pakatan Rakyat mungkin perlu bersama membuat kembali deklarasi berkenaan isu hudud di negara ini.Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim membangkitkan pendirian DAP menyokong penganut Kristian menggunakan kalimah Allah tetapi berbeza dalam isu-isu berkaitan umat Islam.“Ia sungguh biadab. Mereka (DAP) selalu bersuara hak asasi, demokrasi dan kebebasan agama.“Bila datang hal kepentingan orang Islam,mereka memberi berbagai-bagai alasan. Jelas DAP dan sekutunya tidak menghormati agama Islam.Selain DAP, MCA turut menolak pelaksanaan hukuman itu yang kembali menjadi polemik setelah Kelantan bercadang membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.
TAKZIAH KEPADA KELUARGA KARPAL
Takziah daripada PERKASA NEGERI PERAK di atas kejadian yang menimpa Ahli Parlimen Bukit Gelugur YB Karpal Singh hingga membawa maut. Seorang ahli pembangkang dalam Parlimen Malaysia.Mahir mengenai perundangan negara. Kejadian kemalangan di lebuhraya Utara-Selatan mengejutkan.
Monday, April 14, 2014
Sunday, April 13, 2014
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL JKUASA PERKASA PARLIMEN KAMPAR
13 April.2014 jam 10.00 pagi bertempat Dewan Mesyuarat Rumah Rehat Kampar, majlis penyampaian watikah lantikan AJK PERKASA Parlimen Kampar. Turut hadir bersama iaitu En Awalludin Naib YDP Perkasa Negeri Perak. Seramai 25 orang AJK yang hadir..
APA ITU GST?
GST adalah cukai perkhidmatan penggunaan yang dikenakan oleh kerajaan ke atas aktiviti nilai tambah oada setiap peringkat rangkaian pengedaran.
GST dikenakan ke atas semua barang dan perkhidmatan termasuk import melainkan yang dikecuali oleh kerajaan.
BERSAMBUNG......,,
GST dikenakan ke atas semua barang dan perkhidmatan termasuk import melainkan yang dikecuali oleh kerajaan.
BERSAMBUNG......,,
TINDAKAN TEGAS KEPADA PENJAWAT AWAM
Ketua Setiausaha Negara menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil kepada penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan. Mereka yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan tegas termasuk dipecat daripada jawatan mengikut Surat Pekeliling Am dan Arahan Keselamatan Kerajaan.Deraf lawatan TPM dibocorkan. Usaha memburukkan pemimpin negara dilakukan seolah-olah tiada yang boleh diharapkan. Sebelum ini PM menjadi sasaran mereka dan kini orang nombor dua tidak terlepas. Strategi ini jangan di ambil mudah kerana ia boleh menghakis sedikit sebanyak kepercayaan rakyat. Mereka sengaja menyebarluas isu dengan harapan usaha menangkis terpaksa dibuat. Sebarang perkara yang timbul perlu ditangkis dengan bijak.
Saturday, April 12, 2014
BARISAN JK PERKASA PARLIMEN KAMPAR
Bergambar setelah menerima perlantikan selaku Ahli Jawatankuasa Perkasa Parlimen bagi sesi 2014-2016. Majlis diadakan di Bilik Seminar Rumah Rehat Kampar dihadiri oleh kesemua 25 Ahli Jawatan Parlimen Kampar. Sijil Jawatankuasa Parlimen Kampar di sampaikan oleh En Awalluddin bin Ahmad - Naib YDP Perkasa Perak (Pengerusi Perkasa Parlimen Beruas dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri Perak)
SDRA AWALLUDIN BIN AHMAD- NAIB YDP PERKASA NEGERI PERAK
SELAMAT DATANG KE MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN JK PERKASA PARLIMEN KAMPAR OLEH EN AWALUDDIN BIN AHMAD - NAIB PENGERUSI PERKASA NG PERAK - PENGERUSI PARLIMEN BERUAS & PENGERUSI BIRO KEAHLIAN NEGERI PERAK.
Friday, April 11, 2014
MESYUARAT JK PERKASA PARLIMEN KAMPAR DAN PENYERAHAN SIJIL PERLANTIKAN
Perkasa Parlimen Kampar akan mengadakan mesyuarat dan penyerahan sijil perlantikan JK Parlimen Kampar 2014-2016 pada 13/4/2014 (Ahad) 10.00 pagi bertempat Rumah Rehat Kampar. Penyerahan sijil akan dilaku Naib Pengerusi Perkasa Negeri Perak ( Cikgu Awaluddin bin Ahmad) Pengerusi Parlimen Beruas serta Pengerusi Biro Keahlian Negeri. Jawatankuasa yang telah dimaklum dijemput hadir.
BANTUAN KEPADA PETUGAS PENCARIAN MANGSA LEMAS
Terima kasih kepada Sdra Khairul Anwar Mokhtar - Ketua Penerangan Perkasa Kampar merangkap Pengerusi Biro Kebajikan yang telah menyampaikan sumbangan mewakili Perkasa Parlimen Kampar kepada Petugas pencarian mangsa lemas di lombong Taman Cahaya.
MESYUARAT PERKASA NEGERI PERAK
Mesyuarat Jawatankuasa Perkasa Negeri Perak telah diadakan dan mensasarkan:
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhG2aqkDY93lGHIPmStZ0Ky2mZlfvVcstAtuJtUJz2o4R8oskvFsn9A-luhEKDS56iT_ZxWjEz6zc3c-RDV6TkLza8MOcLz-Wi2xNMNKWlXtRx5AR1-qnxkSGa-xiOh1FI6IJbXWDdD43o-/h120/Mesyuarat+Perkasa+Ng..jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhG2aqkDY93lGHIPmStZ0Ky2mZlfvVcstAtuJtUJz2o4R8oskvFsn9A-luhEKDS56iT_ZxWjEz6zc3c-RDV6TkLza8MOcLz-Wi2xNMNKWlXtRx5AR1-qnxkSGa-xiOh1FI6IJbXWDdD43o-/h120/Mesyuarat+Perkasa+Ng..jpg)
- Program Penyerahan Watikah JK Peringkat Parlimen seluruh Perak
- Perjumpaan Setiausaha Peringkat Parlimen
- Sasaran 2000 ahli setiap parlimen menjelang akhir tahun
- Perjumpaan 3 sayap dalam bulan mei 2014.
- Retreat Pengerusi Parlimen seluruh negara.
FACEBOOK PAGE RASMI PERKASA PARLIMEN KAMPAR
Assalammualaikum, dengan rendah hati kami di Blog Perkasa Parlimen Kampar ingin mengajak para pembaca untuk Like Page rasmi kami agar senang untuk para pembaca mendapat berita terus dari laman sosial anda. Ini ialah pautan ke Facebook Page Kami: Klik Di Sini
Terima kasih atas sokongan anda.
Thursday, April 10, 2014
MESYUARAT JK PERKASA NEGERI PERAK
PERKASA Ng Perak akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa negeri pada 11/4/2014(Jumaat) 5.00 ptg di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Pengerusi Parlimen di pohon menyerahkan senarai jawatankuasa parlimen dan senarai biro yang telah dilantik. Perbincangan mengenai penyerahan watikah peringkat parlimen akan dilaksana di semua 24 kawasan.
TAHNIAH KEPADA TN HJ MOHD IDRIS B HJ RAMLI
Perkasa Kampar mengucapkan setinggi tahniah diatas perlantikan Tn Hj Mohd Idris bin Hj. Ramli (Timbalan Pengarah Pendidikan Ng Perak) ke jawatan Pengarah Pendidikan Negeri Perak berkuatkuasa 10hb/4/2014. Semoga sektor pendidikan negeri Perak akan lebih cemerlang. Terima kasih kepada kepimpinan negeri Perak yang sentiasa melihat keperluan dalam agenda pendidikan. Pendidikan instrumen kepada perpaduan.
Monday, April 7, 2014
Gerak Amal Perkasa Parlimen Kampar
25.March.2014.Rombongan Perkasa Kampar yang di Ketuai oleh Sdr Haznol Bin Harun Naib Pengerusi Perkasa Parlimen Kampar telah membuat lawatan dan menghulurkan bantuan ke rumah Puan Noraziah di Redang Sawa. Kehidupan yang sukar serta rombongan dapat menyelami masaalah pemuda dan pemudi Rendang Sawa.Turut bersama Sdra Khairul Anwar Mokhtar selaku Ketua Penerangan Perkasa Kampar.
Perkasa Kampar juga berkesempatan berkunjung ke rumah sebuah keluarga dalam kawasan Parlimen Kampar. En Mat , suami kepada Kak Ani di Tanjung Tualang yang uzur akibat kencing manis.Sdra Khairul Anwar Mokhtar selaku Ketua Penerangan mewakili Perkasa Kampar telah menyampaikan sedikit sumbangan.
Perkasa Kampar juga berkesempatan berkunjung ke rumah sebuah keluarga dalam kawasan Parlimen Kampar. En Mat , suami kepada Kak Ani di Tanjung Tualang yang uzur akibat kencing manis.Sdra Khairul Anwar Mokhtar selaku Ketua Penerangan mewakili Perkasa Kampar telah menyampaikan sedikit sumbangan.
Sunday, April 6, 2014
Naib Pengerusi Perkasa Parlimen Kampar
Saudara Haznol Bin Harun telah mewakili Pengerusi PERKASA PARLIMEN KAMPAR merangkap YDP PERKASA NEGERI PERAK Tn.Hj.Md Yusuf Alang Ahmad menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Jadi Kanak Kanak Tadika Perpaduan Aston Settelment Kampar. Beliau telah menyampaikan sumbangan ikhlas dari Perkasa Parlimen Kampar. Terima Kasih.
Saturday, April 5, 2014
Tahniah Yb Dato Lee Chee Leong
Perkasa Kampar merakam setinggi tinggi tahniah kepada YB Dato Lee Chee Leong mantan Ahli Parlimen Kampar kerana beliau telah di pilih sebagai senator di Dewan Negara. Semuga dengan perlantikan ini YB Dato dapat memberi khidmat kepada masyarakat Kampar khasnya.
Tuesday, April 1, 2014
KUNJUNG HURMAT 3 PARLIMEN
Kunjung hurmat Perkasa Parlimen Taiping, Larut dan Bukit Gantang yang diketuai Sdra Othman Mohamad selaku Pengerusi Parlimen Taiping. Hubungan baik terjalin dalam merencana aktiviti.
Subscribe to:
Posts (Atom)