Perkasa Kampar amat kecewa dengan sikap penerokaan secara haram, tanah-tanah di pinggir lombong kawasan Tronoh Mines dan Pulau Atap. Kekecewaan ini timbul kerana tanah yang diterokai di penuhi dengan pokok pokok sawit. Peneroka pula memagar termasuk jalan masuk ke lombong berkenaan . Sebahagian lombong lombong di kawasan Kampar ini semuanya telah di pagar dan di kunci, tidak boleh di masuki oleh pemancing dan jua nelayan darat. Bila kami tanya kepada pemilik mereka telah menertenak ikan. Hanya tinggal 3 lombong sahaja yang boleh dilakukan aktiviti memancing. Kawasan yang ada pun kini mula terokai mungkin juga akan di pagar. Harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini. Benarkah kebanyakan lombong telah di miliki ?.
No comments:
Post a Comment