Perkasa Kampar: Melalui kenyataan yang diterima dari YDP Perkasa Perak Hj. Md Yusuf bin Alang Ahmad dengan ini mengesahkan kepada pihak berkuasa serta pengundi pengundi PRK Parlimen Teluk Intan bahawa Perkasa Negeri Perak dan ahli-ahlinya tidak melibatkan diri dalam PRK ini. Maklumat yang di terima ada pihak yang tidak bertanggung jawap telah menyebar fitnah bahawa Perkasa telah masuk ke kampung kampung dan mengarahkan supaya jangan keluar mengundi. Perkasa Negeri Perak menafikan sekeras kerasnya tindakan yang tidak bertanggungjawap dan mohon pihak berkuasa menyiasat pekara ini dan mengambil tindakan.
No comments:
Post a Comment