Perkasa Kampar menerima berbagai pertanyaan dari penduduk yang terlibat dengan banjir di Kuala Dipang melalui FB. ' Apa pandangan Perkasa Kampar dalam kejadian limpahan air dan mengakibatkan banjir di sekitar perkampongan Kuala Dipang?' Diantara yang melemparkan pertanyaan. Mereka menekankan bahawa kejadian tersebut berulang dan ianya merupakan kali kedua.
Tinjauan YDP Perkasa Negeri Perak bersama JK Perkasa Kampar pada malam kejadian baru-baru ini selepas maklumat awal sekitar 6.00 petang dari Timbalan Pengerusi Perkasa Kampar yang merupakan kumpulan orang pertama yang melihat limpahan air di Sungai Salu dan menenggelamkan kereta yang' parking' di situ. Perkasa Kampar ingin satu tindakan bersepadu bagi mengawal kejadian oleh pihak-pihak berwajib seperti Jabatan Hutan, Penguatkuasa Tanah dan Daerah, Alam Sekitar dsbnya. Setiap kejadian mesti dicari puncanya. Jangan hanya mengandai itu dan ini. Penyelesaian berasaskan punca dapat mengurangkan kerugian tenaga, masa dan kos. Kalau aktiviti pembalakan berlaku dalam kawasan yang digazet sebagai kawasan tadahan air ia perlu dihentikan segera. Kalau rupa bentuk sungai yang berlingkuk-lingkuk memberi kesan maka luruskan. Penduduk berhampiran Sungai Kuala Dipang setiap kali musim hujan, kegusaran berlaku dihati mereka. Perkasa Kampar merasa simpati terhadap mereka. Berat mata memandang berat klagi bahu yang memikul. Suasana banjir yang paling buruk pernah berlaku di kuala Dipang pada 12. April.2012 kini berulang kembali.
No comments:
Post a Comment