Fakta
Menurut laporan Utusan Malaysia bertarikh 18hb Sept 2014
melaporkan bahawa Pejabat Menteri Besar Perak telah mengeluarkan data tanah
rizab melayu di Perak. Menurut laporan ini di Perak terdapat 890,511.13 hektar
tanah manakala di Kampar sahaja seluas 4,133.91 hektar. Namun persoalannya di
manakah tanah tersebut? Apakah status tanah yang dikatakan tanah rizab melayu
itu? Malah di manakah lokasi tanah tersebut?
Isu
Apabila kita berbicara tentang
isu tanah rizab melayu ini beberapa isu pasti akan timbul, antaranya:
a) Gadai atau khianat
Siapakah yang telah menggadai
atau mengkhianati hak bangsa sendiri. Malah sehingga kini bangsa Melayu masih
dibelenggu oleh golongan ini. Patriotisme
adalah merujuk kepada semangat kebangsaan dan amat menyayangi pada bangsanya
sendiri lebih dari segala – galanya. Dengan ini ia akan menghalang sebarang
bentuk cubaan untuk merosakkan bangsanya dari pelbagai aspek.
Tanah Rizab Melayu adalah dijamin
oleh Perlembagaan Persekutuan kerana ia merupakan salah satu daripada Hak
Keistimewaan Orang – Orang Melayu yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan.
Walaubagaimanapun, mengikut senario masa kini serta amalan pada masa sekarang,
kebanyakkan pihak – pihak yang berkepentingan lebih bersifat kapitalis berhubung
dengan kemajuan dan pembangunan tanah – tanah Rizab Melayu terutamanya yang
terletak di kawasan – kawasan bandar dan mempunyai nilai yang tinggi.
b) Kemajuan
Kita tidak menolak kemajuan namun
kemajuan ini mestilah berpaksikan keuntungan sejagat. Kemajuan bukanlah
berkiblatkn sisitem kapitalis semata-mata. Misalnya, pengambilan tanah rizab
Melayu melalui Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk dibangunkan oleh bukan Melayu
sememangnya wujud. Malah mengikut undang-undang ini juga tanah rizab yang telah
di ambil perlu diganti semula atau dikenali sebagai “ similar in character”.
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Proses penggantian ini hanya
menguntungkan pihak pemaju semata-mata.
Kapitalisme adalah merujuk kepada
sikap atau keinginan seseorang untuk memonopoli sesuatu ekonomi demi
kepentingan peribadi atau komunitinya tanpa mengambilkira kesan yang akan
berlaku. Kapitalis lebih bersifat sebagai pemodal dan mempunyai ciri – ciri
amalan ekonomi “Laissez-Faire” atau pasaran bebas.
c) pemilikan
soal pemilikan ini bukanlah isu
yang baru. Bayangkan sekumpulan penduduk kampung di Malim Nawar di mana bekerja
sebagai nelayan darat telah dinafikan hak untuk menangkap ikan di tanah air
sendiri. Mereka telah menangkap ikan selama lebih 3 generasi di kawasan
tersebut, akhirnya kini kawasan lombong yang menjadi tempat mencari rezeki
telah diberikan kepada orang lain sejak tahun 2002 lagi. Apa yang menyedihkan,
golongan ini bukanlah golongan nelayan komersil. Mereka lebih kepada nelaya
sara diri. Paling menyedihkan keselamatan mereka juga diancam, sampan mereka
dicuri. Ini memberi gambaran seolah-olah golongan nelayan ini mencuri
hasil tangkapan yang selama ini dianggap
sebagai hak awam. Kita perlu ingat para nelayan ini adalah warganegara
Malaysia. Mereka mempunyai hak sebagai rakyat Malaysia.
Cadangan
1) Perkasa Kampar menyeru agar
semua pihak dapat mempunyai semangat cintakan bangsa sendiri. Nilai ini perlu
diterap disemua peringkat, bukan sahaja di kalangan rakyat biasa malah golongan
pentadbir tanah dan juga pemimpin. Perkasa Kampar juga menyeru agar satu
Jawatankuasa Khas bagi menjaga hal ehwal tanah rizab melayu perlu ditubuhkan.
Penubuhan ini perlu lebih menyeluruh, maksudnya perlu ditubuhkan seawall di
peringkat daerah lagi.
2) Mempertahankan undang-undang
rizab melayu sedia ada.
3) Luaskan jenis penggunaan tanah
Sejajar dengan kemajuan ini maka,
jika benar tanah rizab melayu masih wujud di Kampar, maka ianya perlu di
majukan agar dapat dirasai oleh semua pihak. Misalnya, di Kampung Gajah program
Ladang Rakyat yang telah dijalankan dimana kini telah masuk generasi ketiga
telah berjalan dengan lancar. Ini telah memberi pulangan kepada bangsa melayu
itu sendiri
Penutup
Tanah Rizab Melayu merupakan
benteng terakhir bagi masyarakat Melayu bagi pemilikan tanah yang mana ia
merupakan aset utama bagi menjamin sumber makanan serta pendapatan bagi rakyat
bagi sesebuah negeri. Tanpa tanah, masyarakat Melayu tidak mempunyai peluang
lain untuk memajukan ekonomi mereka. Sebagai contoh jika dilihat kepada
masyarakat Melayu di Singapura, meskipun hak dan keistimewaan mereka dijamin
dibawah Fasal 152 Perlembagaan Singapura, namun soal tanah tidak menjadi
jaminan kepada mereka. Akibatnya, ramai masyarakat Melayu di Singapura terpaksa
menyerahkan tanah mereka kepada pihak Pemerintah. Akhirnya, dahulu masyarakat
Melayu bergantung kepada tanah untuk menghasilkan pertanian makanan tetapi
mereka terpaksa bekerja “makan gaji” untuk mendapatkan sumber pendapatan.
Pendapatan dari sumber gaji hanya terhad untuk membeli keperluan makanan namun
sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti peperangan dan
sebagainya, bagaimanakah mereka untuk mendapat sumber makanan segera melalui
penggunaan tanah – tanah untuk tujuan pertanian
No comments:
Post a Comment