Powered by Blog - Widget

Lagu

Saturday, June 28, 2014

Gereja Katolik Selangor Kurang Ajar

Perkasa Kampar mengutuk sekeras kerasnya tindakan Gereja Katolik Selangor tetap mengunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mereka. Meskipun Jabatan Agama Islam Selangor akan menghantar peringatan. Apa pun tindakannya itu tidak mengikut keputusan mahkamah bahawa kalimah Allah hanya untuk umat Islam sahaja. Perkasa kampar berharap agar Jabatan Agama Islam Selangor mengambil tindakan tegas..Berita Penuh disini

Friday, June 27, 2014

Penyampaian Watikah AJK Perkasa Parlimen Lumut.



Perkasa Kampar mengucapkan tahniah kepada Encik Azmi Bin Murid Pengerusi Perkasa Parlimen Lumut kerana telah berjaya menjayakan program penyampaian Watikah Perkasa Parlimen Lumut. Kehadiran yang amat baik sekali melebihi 500 orang.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa



Saya selaku Pengerusi Biro It & Media dan seluruh kepimpinan Perkasa Kampar mengucapkan selamat berpuasa kepada kaum musliman dan muslimat. Jadikan bulan yang penuh kerahmatan ini untuk mengumpul sebanyak2 pahala untuk kita persembahkan di hadapan Allah Swt.

Tuesday, June 24, 2014

Tahniah Kepada YDP Perkasa Negeri Perak



Perkasa Kampar merakamkan setinggi tahniah kepada Pengerusi Perkasa Parlimen Kampar merangkap YDP Perkasa Negeri Perak menerima sijil perhargaan (CERTICATE OF MERIT) yang disampaikan oleh YBhg Dato Dr Haji Nordin Bin Abdul Razak Setiausaha Agung BSM Malaysia.

Tahniah Dato Lee Chee Leong


Perkasa Kampar merakamkan setinggi tinggi tahniah kepada Yb Senator Dato Lee Chee Leong kerana dilantik sebagai timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Bertia penuh Klik Disini

Thursday, June 12, 2014

Kebiadapan Ngeh Koo Ham



Perkasa Kampar mengutuk sekeras kerasnya kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen Bruas itu mengenai isu Agama Islam. Dan jua dapatlah pihak berwajib menyiasat pekara ini Tidak sepatunya kenyataan ini keluar berita penuh Klik disini.

Tuesday, June 10, 2014

TERIMA KASIH DRP PENGERUSI PERKASA KAMPAR

Tiada kata yang dapat diucapkan diatas kerjasama yang diberikan oleh semua JK Perkasa Parlimen Kampar, Ketua Wiranita dan barisan JK, Ketua Wira dan JK dan Ketua Wirawati dan JKnya. Kerjasama tuan/puan menbantu keluarga bagi menjaya majlis perkahwinan anak sulung saya pd 8/6/2014. Mohon maaf jika ada kelanjuran kata dan perbuatan yang tidak menyenangkan. Drp Hj Md Yusuf Alang Ahmad dan Isteri serta seluruh keluarga. Kepada Ketua Biro yang bertindak proaktif setinggi tahniah.Kalian penentu kecemerlangan Perkasa Kampar. Allahuaakbar.

Sunday, June 8, 2014

YDP Perkasa Negeri Perak Menerima Menantu Pertama


Perkasa Kampar mengucapkan tahniah kepada YDP Perkasa Negeri Perak merangkap Pengerusi Perkasa Parlimen Kampar menerima menantu pertama. Dengan kehadiran melebihi 2500 orang. Turut hadir ialah Presiden Perkasa Negeri Perak Dato Ibrahim Ali bersama Pengarah Pendidikan Negeri Perak (Tuan Hj Idris bin Ramli) bersama kakitangan Jab. Pelajaran Perak dan Pegawai Daerah Kampar.

Dato Ibrahim Ali turut di beri kesempatan oleh Biro Media &It Perkasa Parlimen Kampar untuk menyampaikan ucapan sepatah dua kata.

Di antara katanya , saya mengucapkan selamat pengantin baharu kepada kedua mempelai dan tahniah kepada Tuan Haji Md Yusuf Bin Alang Ahmad kerana dapat menantu dan tahun hadapan  menimang cucu .

Biro IT & Media Perkasa Parlimen Kampar turut menyampaikan cenderahati yang di sampaikan sendiri oleh YDP Perkasa Negeri sendiri.

Saturday, June 7, 2014

Penyampaian Watikah AJK Perkasa Parlimen Sg Siput







Penyampaian watikah lantikan AJK Perkasa Parlimen Sg Siput bersama dengan Dato Ibrahim Ali, Presiden Perkasa Malaysia. Kehadiran ahli Perkasa seramai 100 orang. Majlis turut di serikan dengan ucapan dari Ketua Penerangan Perkasa Pusat Ustaz Shamsuddin Moner.
Dimasa ucapan Dato Ibrahim Ali Presiden Perkasa beliau menekan supaya setiap parlimen mesti mencapai keahlian seramai 2000 orang ahli sebelum akhir tahun ini. Bagi memantapkan lagi badan NGO tersebut. Beliau jua baru melancar pembukaan cawangan di United Kindom merasa sungguh terharu dengan kehadiran penuntut kita di sana kehadiran seramai 200 orang berita penuh Klik Disini 



Friday, June 6, 2014

Dirgahayu Tuanku Keputeraan Baginda Yang Di Pertuan Agong



Perkasa Kampar Marafak Sembah setinggi tinggi tahniah diatas Hari Peputraan Baginda Yang Di Pertuan Agong. Kami seluruh warga Perkasa Parlimen Kampar berdoa agar Tuanku sentiasa dilindungi Allah Swt. Amin Ya Rabbal Alamin......Daulat Tuanku., Daulat Tuanku.,Daulat Tuanku.

Thursday, June 5, 2014

SEKALUNG PENGHARGAAN YANG TURUT MEMBANTU MANGSA BANJIR KUALAM DIPANG



Pengerusi Perkasa Perlimen Kampar Tuan Haji Md Yusuf Bin Alang Ahmad mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat membantu mangsa banjir di Kuala Dipang. Diantaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bomba, Kementerian Kesihatan,Bulan Sabit Merah,Jabatan Pertahanan Awam, Rela dan orang orang perseorangan yang terbabit secara langsung. Budi kalian tidak dapat kami lupakan terima kasih...

KEJADIAN BERULANG DALAM TAHUN 2014.



Perkasa Kampar menerima berbagai  pertanyaan dari penduduk yang terlibat dengan banjir di Kuala Dipang melalui FB. ' Apa pandangan Perkasa Kampar dalam kejadian limpahan air dan mengakibatkan banjir di sekitar perkampongan Kuala Dipang?' Diantara yang melemparkan pertanyaan.  Mereka menekankan bahawa kejadian tersebut  berulang dan ianya merupakan kali kedua.
Tinjauan YDP Perkasa Negeri Perak bersama JK Perkasa Kampar pada malam kejadian baru-baru ini selepas maklumat awal sekitar 6.00 petang dari Timbalan Pengerusi Perkasa Kampar yang merupakan kumpulan  orang pertama yang melihat limpahan air  di Sungai Salu dan menenggelamkan kereta yang' parking' di situ. Perkasa Kampar ingin satu tindakan  bersepadu  bagi mengawal kejadian oleh pihak-pihak berwajib seperti Jabatan Hutan, Penguatkuasa Tanah dan Daerah, Alam Sekitar dsbnya. Setiap kejadian mesti dicari puncanya. Jangan hanya mengandai itu dan ini. Penyelesaian berasaskan punca dapat mengurangkan kerugian tenaga, masa dan kos. Kalau aktiviti pembalakan berlaku dalam kawasan yang digazet sebagai kawasan tadahan air ia perlu dihentikan segera. Kalau rupa bentuk sungai yang berlingkuk-lingkuk memberi kesan maka luruskan. Penduduk berhampiran Sungai Kuala Dipang setiap kali musim hujan, kegusaran berlaku dihati mereka. Perkasa Kampar merasa simpati terhadap mereka. Berat mata memandang berat klagi bahu yang memikul. Suasana banjir yang paling buruk pernah berlaku di kuala Dipang pada 12. April.2012 kini berulang kembali.


Wednesday, June 4, 2014

Akibat Limpahan Air Dari Sungai Salu Kuala Dipang


Perkasa Kampar turut membantu pemindahan penduduk Kuala Dipang akibat limpahan air di kawasan Perkelahan Sungai Salu. Menurut maklumat dari Ketua Penerangan Perkasa Parlimen Kampar Sdra Khairul Azhar Hj Mokhtar semalam seramai 100 keluarga telah di tempatkan pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kampar. Pemindahan itu di lakukan kerana air naik ke rumah di khuatiri kejadian 2 tahun lalu berulang kembali. Di masa itu, YDP Perkasa Perak merangkap Pengerusi Perkasa Parlimen Kampar turut menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk air minuman bersih kepada mangsa banjir.

Perkasa Tidak Ingin Sertai NGO Pemuda UMNO.



Perkasa Kampar menyambut baik saranan Setiausaha Agung Perkasa Malaysia. Berita Penuh Klik Disini

Kejadian Limpahan Air Di Sungai Salu Kuala Dipang Kampar


Kawasan perkelahan Salu Kuala Dipang Kampar telah dinaiki air secara mengejut di kawasan perkelahan tersebut bermula 5.30 petang . Menurut sumber sebuah kereta BMW 3S,Exora,Myvi dan Toyota Hilux. Perkasa Kampar di fahamkan tiada kemalangan jiwa yang berlaku kerana ketika itu, pemilik kenderaan sedang melakukan 'jungle tracking' kawasan berhampiran.


Tuesday, June 3, 2014

Sunday, June 1, 2014

Perkasa di UK dan Eropah





Perkasa telah melebarkan sayapnya di United Kindom dan Eropah. Sambutan yang amat mengalakkan dan berita penuh klik di sini.

Hina Al Marhum Sultan Dan Askar Melayu




Perkasa Kampar dan Negeri Perak mengecam sekeras kerasnya  blog-blog yang menghina Al Marhum Sultan Perak dan Askar Melayu. Berita penuh klik disini.