Powered by Blog - Widget

Lagu

Saturday, December 20, 2014

BANTAHAN PERKASA TERHADAP GUAN ENG DIHADAPAN WISMA DAP NEGERI PERAK




Perkasa Kampar menyertai satu himpunan aman di hadapan Pejabat DAP Negeri Perak kerana diatas sikap kurang ajar Lim Guan Eng diatas pengunaan kalimah ALLAH kepada bukan Islam di negeri Pulau Pinang. Berhimpun pada Jumaat 19.Dis.2014 jam 2.30ptg. Perkasa di ketuai oleh Sdr Mubin Salleh exco Wira Perkasa Malaysia. Perkasa Kampar berharap agar Guan Eng menghormati perasaan orang orang Islam di Malaysia.Takbir!!!!!!Takbir!!!!!Takbir!!!!!ALLAHUAKBAR

Friday, December 12, 2014

Perkasa Kampar Ke Persidangan Agung Tahunan Ke 5


Perkasa Kampar akan menghantar wakil ke Persidangan Agung Tahunan  Pribumi Perkasa Malaysia pada 14,.Dis.2014 bertempat Pusat Islam Kuala Lumpur. Perkasa Kampar akan menghantar 15 orang wakil.

Monday, December 8, 2014

TAKZIAH BUAT KELUARGA DATO FUAD HASSAN




ALFATIHAH-Kita warga Perkasa Parlimen Kampar semua sudah di maklum kembali nya sahabat seperjuangan Dato Fuad Hassan ke rahmatullah malam ini di Hospital Kuantan.MENGENANG JASA2NYA》Allahyarham adalah salah seorang Pengasas Perkasa dan menjadi Timbalan Presiden Perkasa yg pertama.Allahyarham juga adalah PENULIS LIRIK LAGU PERKASA.Meletak jswatan Timbalan Presiden Perkasa kerana dilantik sebagai Ketua Pengarah Jasa olih TS Rais Yatim.Sepanjang hayatnya menjadi KP Jasa,Allahyarham selalu membsntu program2 Perkasa,walaupun kecil kecilan,namun tidak putus putus.Saya.mula mengenali Allahyarham di sek Yayasan Anda,Kg Bharu dimana waktu itu beliau pelajar Tingkatan 6 pd tahun 1977.Kemudian masuk U dan cergas aktif dlm PKPIM dan ABIM.Menjadi orang kuat DSAI.Tinggal DSAI selepas DSAI dituduh liwat.Abang nya TS Musa Hassan adalah ketua pasuksn penyiasat DSAI.Allahyarham pernah menjadi ADUN HULU KELANG DAN EXCO KRAJAAN SGOR.Sdr Ismail Ahmad(ADT Perkasa)adalah orang kuat Allahyarham pd masa itu.Marilah sama2 kita berdoa semuga roh Allahyarham di tempatkan dikalangan para solihin.Ya Allah rahmatilah Allahyarham dan kasihanilah nya dgn segala rahmatMu Ya Allah.Amin..TAKZIAH PD DATIN ANAK2 DAN KELUARGA NYA..    

Thursday, November 27, 2014

KENYATAAN MEDIA MENJAWAP LIM GUAN ENG



Merujuk kepada kenyataan Guan Eng yang disiarkan Malaysian Insider bertajuk "'Sober'Khairy now becoming extremist, says Guan Eng." Berikut adalah respons dari PERKASA.

PERKASA menyelar kenyataan Lim Guan Eng yang melabelkan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin seorang ektremis sama seperti saya di atas kenyataan Khairy pada Persidangan Sayap Pemuda UMNO yang mahu bukan Bumiputera menghormati Kontrak Sosial yang menjadi asas Perlembagaan Persekutuan.

Jelas, kenyataan Guan Eng ini adalah suatu kenyataan yang bersifat jahat serta jahil dan penuh dengan elemen chauvistik perkauman.

Apakah berjuang untuk mempertahankan hak-hak Bumiputera sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan dari segi pemerkasaan ekonomi, pemberian danasiswa dan mempertahankan kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan adalah suatu bentuk ektremisme ?

Adakah Lim Guan Eng memahami bahawa terdapat peruntukkan2 di dalam Perlembagaan yang dikhususkan untuk menjaga hak2 dan keistimewaan Bumiputera dan kesucian Islam ?

Apakah patut konsistensi dan komitmen saya dalam mempertahankan hak dan keistimewaan Bumiputera serta kesucian agama Islam digelar sebagai ekstremisme dan disamakan pula dengan seorang pemimpin yang hanya dek kerana Perhimpunan Agung UMNO baru "ada telor" nak bercakap tentang hak Melayu ?

Kenyataan Guan Eng ini menampakkan kedangkalan beliau dalam memahami maksud keadilan.

Adil bukanlah bermaksud sama rata.
Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Dan adalah adil bagi bangsa teras iaitu Bumiputera negara ini mempertahankan hak2 dan kelebihannya kerana ia telah dijamin melalui peruntukan perlembagaan dan hak2 ini telah dipersetujui oleh semua kaum melalui Kontrak Sosial yang menjadi asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

Tidaklah ektrem jika seorang Melayu itu bercakap tentang hak2 Bumiputera serta mengingatkan kaum lain berkenaan Kontrak Sosial kerana semenjak ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri, pelbagai provokasi2 yang mencabar hak dan keistimewaan Bumiputera serta kesucian Islam berleluasa yang pastinya boleh menganggu gugat keamanan negara.

Guan Eng janganlah terlalu berani bermain dengan api kerana apabila marak akan terbakarlah diri.

Dato' Ibrahim Ali
Presiden PERKASA

Saturday, November 22, 2014

HAK AGAMA ISLAM OLEH PENGERUSI PERKASA PARLIMEN KAMPAR





Ini Bukan Retorik atau gurindam, tetapi adalah WAJAH sebenar Perkasa Sekarang ,  Perkasa telah berada di atas Landasan Sebenar Perjuangan demi Agama Bangsa dan Negara,laluan nya Jelas dan Haluanya terbentang luas, Bertepatan dengan Matlamat Asal Penubuhan nya,tidak ada KETAKBURAN dalam apa Jua Tindakan menegor,menasihati ,memberi pandangan di dalam apa jua Perkara Yang di fikirkan nya bertentangan dengan Hak Hak Ugama Islam , Bangsa Melayu, Bumiputra ,Rajanya ,dan Hak nya keatas Tanah Tinggalan Nenek Moyang Melayu,Melintang Patah Membujor Lalu, Bak Kata Presiden Perkasa lagi Alang Alang Menyelok Perkasam Biar sampai Ke Pangkal Lengan, Terbujor Mayat Bergelimpangan, Bercacakan  Batu Nisan ,di sana di sini dan di sinun, HAK HAK AGAMA ISLAM,MELAYU ,RAJA DAN TANAH MOYANG INI yang di Tulis Dengan Tinta Darah dan Keringat  Moyang Melayu ,Termaktub dalam Perlembagaan hendak lah di Pertahankan. ALLAH jua Yang Maha Mengetahui di atas Segalanya,Kapada nya Jua kita Berserah.Allahu Akhbar.

Tuesday, November 11, 2014

Tanah Rizeb Melayu Oleh Saudara Haniffa



Fakta
Menurut laporan  Utusan Malaysia bertarikh 18hb Sept 2014 melaporkan bahawa Pejabat Menteri Besar Perak telah mengeluarkan data tanah rizab melayu di Perak. Menurut laporan ini di Perak terdapat 890,511.13 hektar tanah manakala di Kampar sahaja seluas 4,133.91 hektar. Namun persoalannya di manakah tanah tersebut? Apakah status tanah yang dikatakan tanah rizab melayu itu? Malah di manakah lokasi tanah tersebut?

Saturday, November 8, 2014

Usul Penyertaan Bumiputera dalam Kek Ekonomi Kampar oleh Saudara Amran Alang Ahmad



Kampar daerah ke 10 dan Daerah bongsu di negeri Perak melalui perwartaan pada 23 April 2014 telah diisytiharkan secara rasmi oleh Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah pada 21.5.2009 bertempat di Bandar Baru Kampar. Terdiri kepada 2 bandar utama iaiu Kampar dan Gopeng serta mempunyai dua mukim iaitu mukim Kampar dan Teja. Menurut sejarah Kampar mula dibuka sekitar tahun 1886.

Perasmian Blog Perkasa Parlimen Kampar



Dengan izin Allah SWT di atas kesyukuran nikmat yang diberi, saya Yang Berbahagia
Datuk Ibrahim Ali merangkap Pengerusi Pribumi PERKASA dengan ucapan Bissmillahirahmanirahim melancarkan blog rasmi Perkasa Parlimen Kampar pada pada tarikh 9 September 2014.


Blog yang diilhamkan oleh Pengerusi PERKASA Parlimen Kampar Tuan Haji Md Yusuf Bin Alang Ahmad dan telah di usahakan oleh Encik Noor Azmi bin Mokthar untuk memudahkan maklumat disampaikan kepada ahli-ahli Perkasa melalui dunia maya yang semakin berkembang.



Selain dari blog ini, Perkasa Parlimen Kampar juga telah menyediakan laman Facebook rasmi Perkasa bagi memudahkan anak-anak muda mengikuti perkembangan dan memahami perjuangan Perkasa.

Wednesday, October 15, 2014

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ZAMBERY


Perkasa Parlimen Kampar mengucapkan Takziah dan bersimpati diatas pemergian Haji Abd Kadir ayahanda YAB Dr. Zambry, Menteri Besar Perak yang telah pergi ke Rahmahtullah pada 12.30 malam semalam. Kami pihak Perkasa berasa sedih dan berharap keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini. Mari lah kita bersama sedekah Al-Fatihah agar Roh Allahyarham dicucuri rahmat.

SALAH SEORANG PENGASAS PRIBUMI PERKASA NEGARA (PERKASA) MENINGGAL DUNIA





 Perkasa Kampar mengucapakan Takziah untuk ahli Keluarga mantan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Dato Jaafar Onn telah kembali kerahmatullah di kediamanya di seksen 11 Shah Alam jam 0740 tadi.Allahyarham merupakan salah seorang ahli yang bertanggungjawap mengasas penubuhan Pribumi Perkasa Negara yang memengang no keahlian 02. Dato Presiden Perkasa turut menziarahi Allahyarham di rumahnya. Marilah kita sama sama sedekahkan Al Fatihah keatas roh nya semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh nya....



Wednesday, October 8, 2014

WAKIL RAKYAT YANG BERSAMA SAMA PERKASA



Biro Media & It Perkasa Parlimen Kampar telah menyertai rombongan Yang Berbahagia Dato Ibrahim Ali Presiden Perkasa Malaysia pada 21.Sept.2014 ke Parlimen Bagan Serai Taiping dan Selama. Rata rata wakil rakyat tempat berkenaan dalam ucapan nya akan menyokong perjuangan Perkasa. Ada yang berjanji setiap tahun Rm 5000 di peruntukan untuk perkasa di Parlimen mereka. Dan ada juga ahli parlimen yang berjanji akan bekerjasama dengan perkasa untuk kita menambah ahli Perkasa dan memastikan kehadiran ahli yang ramai ketika Perkasa mengadakan ceramah.

Unit media pun tersintak juga dan terharu dengan ucapan Yb2 ini. Terfikir juga di dalam kepala ini. Dalam Parlimen Kampar Parlimen Kampar, Dun Keranji dan Dun Malim Nawar kita telah kecundang ketangan Dap. Bn hanya ada 1 Dun sehaja iaitu Dun Tualang Sekah. Tetapi setiap kali program Perkasa Daerah tidak datang bersama sama . Sebagai wakil Rakyat datanglah ke Program kami ni. Jengok jengok lah kami ini. Pandanglah Parlimen lain Yb2 mereka tetap bersama Perkasa....

Wednesday, October 1, 2014

S. AMIGIA KURANG AJAR


Baru-baru ini theMaaysiaInsider memaparkan rencana pandangan S.Ambiga terhadap Kem Biro Tata Negara atau BTN.
Perkasa Kampar baru baru ini terbaca di dalam rencana itu S.Ambiga mendakwa bahawa tujuan kem ini adalah menghasut dan 'brainwash' otak anak melayu dan kaum lain agar menyokong UMNO dan membenci PKR dan DAP, dan menurut beliau, program ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri kita, YB Najib bin Abdul Razak gagal menetapi janjinya semasa beiau berucap di PBB.
Pengerusi PERKASA Parlimen Kampar Tuan Haji Md Yusuf Bin Alang Ahmad yang sentiasa menyokong usaha murni Kerajaan, kata-kata S.Amiga ini adalah satu penghinaan dan beliau harus menarik balik kata-kata beliau untuk mengelak perpecahan perpaduan kaum di negara kita ini.

Tuesday, September 23, 2014

Persidangan Tahunan Khas Perkasa Parlimen Taiping







Perkasa Kampar mengucapkan Tahniah kepada Pengerusi Perkasa Parlimen Taiping Sdr Othman Bin Mohamad kerana telah berjaya mengadakan Masyuarat Khas tahunan Perkasa bagi Parlimen Taiping. Sebelum unit media berangkat pulang sempat juga saya menemuramah beliau.

Bahawa kejayaan pada hari ini adalah kejayaan bersama sama barisan ajk Perkasa Parlimen, Ajk Wira Perkasa dan Ajk Wirawati Parlimen Taiping. Dan juga mengucapan kepada Dato Ibrahim Ali Presiden Perkasa Malaysia serta ahli dewan tertinggi ADT ,Ydp Perkasa Perak Haji Md Yusuf Bin Alang Ahmad dan barisan Ajk Negeri Perak hadir kemajlis Perasmian Persidangan Khas Tahunan Perkasa Parlimen Taiping bertempat di dewan Perpaduan Expo Kemunting Perak.

Monday, September 1, 2014

Perjumpaan Jawatan Kuasa Penaja Perkasa Parlimen Teluk Intan dan Bagan Datuk


Perkasa Kampar bersama Ydp Perkasa Negeri Perak hadir memberi penerangan tentang Perkasa. Bagi parlimen Teluk Intan, Bagan Datuk dan Kg Gajah Perak. Dan jua untuk menambah keahlian menerusi keahlian on line melalui perkasa negeri Perak.
Tahniah juga saudara Yazid Bin Ismail kerana anda berjaya mengumpul 3 parlimen secara serentak. Akan menubuhkan penaja bagi tiga parlimen.



Kehadiran seramai 120 orang

Sunday, August 31, 2014

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 57

Perkasa Parlimen Kampar dan seluruh warga Perkasa Negeri Perak mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 57.

Thursday, August 21, 2014

HARI PERKABUNGAN BUAT RAKYAT MALAYSIA BUAT KELUARGA PESAWAT MH17






Perkasa Kampar merakam ucapan takzian kepada semua waris keluarga penumpang dan kru Mh17. Marilah kita semua bertafakur sebentar lagi bagi menghormati mangsa.
Ya Allah kau ampun segala dosa dosa mangsa dan keluarga mangsa tabahkan hati keluarga mereka. Tempat kan mereka orang2 yang soleh. Amin ya rabbal alamin.....Al fatihah .....amin

Jamuan Hari Raya Perkasa PArlimen Kampar



Perkasa Kampar menjemput kepada semua ajk parlimen kampar dan ahli ahli perkasa parlimen Kampar kerumah terbuka Aidil Fitri pada tarikh yang di tetapka seperti tertera yang diatas. Semuga dengan kehadiran uan puan memeriahkan majlis kami nanti

Tuesday, August 19, 2014

UPTOWN MERU, TEMPAT ORANG MELAYU MENCARI REZEKI!





Para peniaga Uptown Meru telah teraniaya kerana dijanjikan telah mendapat permit oleh pihak penganjur walhal apa pun tiada!
Para peniaga Uptown Meru telah berniaga selama hampir 2 bulan.Dalam tempoh itu, mereka telah memohon lesen pada DBI namun DITOLAK atas alasan tempat tersebut tidak diluluskan untuk berniaga.Mereka juga telah memohon surat sokongan dari wakil setempat namun lambat sangat maklum balasnya. Sekarang ini, bukannya persoalan ada lesen, permit atau tidak.Semua itu boleh DIADAKAN DAN DILULUSKAN sekiranya pihak yang sepatutnya benar - benar mahu menolong para peniaga Melayu ini.

Dengan apa yang berlaku ini saya selaku rakyat Negeri Perak ada beberapa soalan kepada Pengurusan DBI.
Apakah Agama dan Bangsa Datok Bandar Raya Ipoh ?
Apakah Agama dan Bangsa Ketua Penguatkuasa dan Kakitangan Penguatkuasa yang sanggup meruntuh dan merampas rezeki Bangsa Melayu yang mencari sesuap nasi dibumi sendiri ? jangan hina Bangsa sendiri kalau begini cara Kerajaan Negeri Perak menguruskan hak orang Melayu tunggu saja akan sampai masa nya yang Maha Berkuasa akan menunjukan kekuasaan nya tak lama lagi Inshaaallah.

Kepada peniaga Melayu Uptown bersabarlah sentiasalah berdoa mohon pertolongan dari Allah ingat kerana tidak ada kuasa dari manusia walau sebesar mana pangkat dan kuasa yang ada mereka tidak mampu melawan kuasa ALLAH SUBHANAWATAALLA.

Sunday, August 17, 2014

Borang Keahlian Perkasa Parlimen Kampar

Untuk memudahkan ahli baru untuk mendaftar, kami di Perkasa Parlimen Kampar telah menyediakan E-Borang untuk kemudahan anda. E-Borang tersebut boleh dilayari  di sini atau di bawah halaman blog ini.
Terima kasih kerana sudi menyertai dan bersama  perjuangan Perkasa. Admin.

Saturday, August 9, 2014

Perkasa Membantah Kekejaman Ziones



Perkasa Kampar menyertai demotrasi aman mengutuk kekejaman ziones di bumi Plasten. Bertempat di Sg Rokam Ipoh Perak. Yang turut hadir bersama YDP Perkasa Negeri Perak Tuan Haji Yusuf Alang Ahmad.
Diantara lain harapan dan saranan beliau Klik Disini

Friday, August 8, 2014

Batu Bertaburan Diatas Jalan Raya


Perkasa Kampar mengecam tindakan pengusha lori yng membawa muatan batu halus berlebihan sehingga bertaburan di atas jambatan Sungai Kampung Timah.
Kepada penguna jalan raya di harap berhati hati ketika memandu di kawasan tersebut.
Perkasa Kampar berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat kenapa batu ini bertaburan diatas jalan raya. Sebelum ada kemalangan jiwa berlaku...

Perhimpunan Aman Untuk Bersamamu Palestin...





Perkasa Kampar insyaallah akan menghantar wakil ke Perhimpunan Aman Membantah Kekejaman Zionis Terhadap Rakyat Palestin anjuran  Perkasa Negeri Perak. Biro Media jua akan menjemput semua umat Islam di negeri Perak untuk turut hadir beramai ramai. Biro media jua ada membuat jualan amal (Sticker Kereta)yang sebahagian dari hasil jualan akan di dermakan ke tabung Gaza. Marilah kita bersama membeli sambil menderma... semoga dengan sumbangan kita di berkati Allah swt.... Harga RM5 setiap 1


Sedikit info utk himpunan yg akan bakal diadakan:
Assalamualaikum WBT.

Perkasa negeri Perak akan mengadakan himpunan bantahan terhadap rejim Zionis (yahudi) dan doa untuk saudara Islam di Gaza dengan mengadakan

1) Solat hajat di Masjid Sg Rokam (Selepas solat Maghrib) dan bergerak ke padang jalan sukun.
2) Membakar bendera Israel.
3) Membakar bendera Amerika.
4) Serta bacaan doa dan Al Fatihah utk bekalan saudara muslim kita di Gaza.
5) Menyampaikan sedikit sumbangan kepada Tabung Aman Palestin.

Bertempat:

Tarikh: 9hb Ogos 2014 bersamaan hari Sabtu
Waktu: Berkumpul sebelum azan Maghrib di Masjid Sg Rokam.

Semua umat Islam yg bersimpati dengan nasib saudara Islam kita di Gaza dijemput hadir kerana Allah.
Mohon sampaikan kepada rakan2 untuk turut serta.

In sha Allah.

Takziah Buat Dato Zahid Hamidi



Perkasa Kampar merakamkan ucapan takziah kepada YB Dato Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri dan seluruh keluarganya kerana ayahandanya kembali kerahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan orang orang yang beriman...amin

YDP Perkasa Negeri Menziarahi Ketua Penerangan Perkasa Kampar




Pengerusi Perkasa Parlimen Kampar merangkap YDP Perkasa Negeri Perak Tuan Haji Md Yusuf bin Alang Ahmad meziarahi Ketua Penerangan Perkasa Parlimen Kampar Sdr Khairul Azhar Mokhtar yang tidak sihat yang kini dirawat di Hospital Pakar KPJ Ipoh. Warga Perkasa Kampar berdoa agar Sdr Khairul sihat seperti sedia kala....amin

Tuesday, August 5, 2014

Yang Dipertuan Agung Di Hina



Perkasa Kampar mengutuk sekeras kerasnya tindakan individu memuat naik gambar Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muazam Shah yang kemalangan. Kami berharap agar orang yang bertangung jawap memuat naik gambar ini dalam media sosial di ambil tindakan sekeras kerasnya.

Sunday, July 27, 2014

Salam Lembaran Dari Perkasa Kampar

Biro Media&IT Perkasa Parlimen Kampar berserta barisan AJK Perkasa Parlimen Kampar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin.

Pengerusinya di hari baik bulan baik ini beliau mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin. Bberhati hati memandu dan  ingat orang yg di sayangi.

Sunday, July 20, 2014

Bantuan Fakir Miskin Perkasa Parlimen Kampar


Perkasa Kampar mengadakan kunjungan ke rumah fakir miskin di dalam Parlimen Kampar. Seramai 10 buah keluarga menerima bantuan berbentuk barang dapur . Konvoi di ketuai oleh Pengerusi Perkasa Parlimen Kampar merangkap YDP Perkasa Negeri Perak. Semoga dengan ada bantuan ini dapatlah meringankan sedikit beban mereka ketika menyambut hari raya yang akan menjelang tak beberapa lama lagi.

Saturday, July 19, 2014

Ibu Pengerusi Tetap Perkasa Malaysia Kembali Kerahmatullah


Biro It&Media Perkasa Parlimen Kampar merakamkan ucapan takziah kepada En Mahadee Bin Ramlee dan keluarga diatas permergian ibu tercinta Hajjah Hamimah kerahmatullah jam 1530 td.

Tidak lupa jua Pengerusi Perkasa Parlimen Kampar merangkap Ydp Perkasa Negeri Perak Tuan Haji Md Yusuf Bin Alang Ahmad mengucapkan takziah. Dan beliau turut bersedih dengan berita ini. Harap harap Mahhadee bersabar dan menerima ketentuan Allah swt.

Semuga Allah mencucuri rqhmat keatas roh nya amin........

Thursday, July 17, 2014

Pesawat Malang MH17

Perkasa Kampar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga penumpang dan kru diatas kejadian malang pesawat MAS MH17 yang melakukan penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Menurut sumber di percaya pesawat malang ini di tembak. Kerana melalui kawasan perang. Berita penuh klik disini
Marilah kita bersama sama sedekahkan surah Al Fatihah keatas roh orang orang islam Al Fatihah

Wednesday, July 9, 2014

Jejantas Bahaya Untuk Pelajar



Perkasa Kampar memohon jasa baik pihak berwajib supaya jejantas ini dapat di perbaiki dengan segera. Ini memandangkan ianya kegunaan 4 buah sekolah iaitu SMK ACS dan SMJK Pei Yuan serta SK Methodist dan SRK Pei Yuan. Di waktu puncak , majoritinya pelajar -pelajar  menyeberangi jalan ini. Bilakah masalah ini dapat  diselesaikan ? Pihak berwajib mohon mengambil tindakan segera sebelum pekara yang tidak diingini berlaku. 

Monday, July 7, 2014

P.Rammasamy Kurang Ajar

ULASAN terhadap kenyataan Ramasamy,Tim.KM Penang mengenai cabaran bawa mari 13 mei,katanya tak takut..Manusia ni hanya cakap nak tunjuk dia hebat dan berani.komen cari makan politik..Kalau tak takut ok lah..sebab org melayu baik2..sebab itu ramai org datang Malaya dulu dan skg sejak jadi Msia lagi ramai org datang..tapi bila TPM ingatkan jangan jadi lagi 13 Mei,apasal LKS bising2.relax la sbb Ramasamy kata tak takut..tahniah kerana tak takut..saya tak tahu,saya takut atau tidak..tapi jangan nak tunjuk angkuh.ingat di mana langit dijunjung disitu bumi di pijak.pantang melayu di cabar.silakan.kita tidak akan mula dulu sbb melayu pattuh dan hurmat undang2..tapi pantang org melayu,bila org menjual,pasti kita membeli..Dato Ibrahim Ali(TokHim)

Wednesday, July 2, 2014

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN




Perkasa Kampar mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Pengerusi Perkasa Negeri Perak merangkap YDP Perkasa Negeri Perak Tuan Haji Md Yusuf Bin Alang Ahmad. Semoga di beri kesihatan yang baik, di murahkan rezeki, dan di permudahkan Allah segala urusan dan berjaya menerajui Perkasa Kampar dan Negeri Perak. AMIN.......

Perkasa Tetap Pertahankan Melayu

Mari kita baca kenyataan Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali ketika di Lumut Perak. Berita penuh klik Disini

Lagi Anak Gadis Melayu Menyertai Ahli DAP


Apa dah jadi sekarang ini dahulu Diana Sofia mejadi calun DAP Prk Teluk Intan. Sekarang Rara Othman menyertai Ahli DAP seumur hidup.
Mengapa anak melayu ini tidak menyertai parti yang diasaskan Melayu UMNO PAS DAN KEADILAN. Dimana silapnya ketiga tiga parti ini.
Rara beragama Islam bangsa Melayu. Sangupkah Rara hapuskan STATUS MELAYU BUMIPUTERA.

Saturday, June 28, 2014

Gereja Katolik Selangor Kurang Ajar

Perkasa Kampar mengutuk sekeras kerasnya tindakan Gereja Katolik Selangor tetap mengunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mereka. Meskipun Jabatan Agama Islam Selangor akan menghantar peringatan. Apa pun tindakannya itu tidak mengikut keputusan mahkamah bahawa kalimah Allah hanya untuk umat Islam sahaja. Perkasa kampar berharap agar Jabatan Agama Islam Selangor mengambil tindakan tegas..Berita Penuh disini

Friday, June 27, 2014

Penyampaian Watikah AJK Perkasa Parlimen Lumut.



Perkasa Kampar mengucapkan tahniah kepada Encik Azmi Bin Murid Pengerusi Perkasa Parlimen Lumut kerana telah berjaya menjayakan program penyampaian Watikah Perkasa Parlimen Lumut. Kehadiran yang amat baik sekali melebihi 500 orang.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa



Saya selaku Pengerusi Biro It & Media dan seluruh kepimpinan Perkasa Kampar mengucapkan selamat berpuasa kepada kaum musliman dan muslimat. Jadikan bulan yang penuh kerahmatan ini untuk mengumpul sebanyak2 pahala untuk kita persembahkan di hadapan Allah Swt.

Tuesday, June 24, 2014

Tahniah Kepada YDP Perkasa Negeri Perak



Perkasa Kampar merakamkan setinggi tahniah kepada Pengerusi Perkasa Parlimen Kampar merangkap YDP Perkasa Negeri Perak menerima sijil perhargaan (CERTICATE OF MERIT) yang disampaikan oleh YBhg Dato Dr Haji Nordin Bin Abdul Razak Setiausaha Agung BSM Malaysia.

Tahniah Dato Lee Chee Leong


Perkasa Kampar merakamkan setinggi tinggi tahniah kepada Yb Senator Dato Lee Chee Leong kerana dilantik sebagai timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Bertia penuh Klik Disini