Powered by Blog - Widget

Lagu

Sunday, August 31, 2014

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 57

Perkasa Parlimen Kampar dan seluruh warga Perkasa Negeri Perak mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 57.

Thursday, August 21, 2014

HARI PERKABUNGAN BUAT RAKYAT MALAYSIA BUAT KELUARGA PESAWAT MH17






Perkasa Kampar merakam ucapan takzian kepada semua waris keluarga penumpang dan kru Mh17. Marilah kita semua bertafakur sebentar lagi bagi menghormati mangsa.
Ya Allah kau ampun segala dosa dosa mangsa dan keluarga mangsa tabahkan hati keluarga mereka. Tempat kan mereka orang2 yang soleh. Amin ya rabbal alamin.....Al fatihah .....amin

Jamuan Hari Raya Perkasa PArlimen Kampar



Perkasa Kampar menjemput kepada semua ajk parlimen kampar dan ahli ahli perkasa parlimen Kampar kerumah terbuka Aidil Fitri pada tarikh yang di tetapka seperti tertera yang diatas. Semuga dengan kehadiran uan puan memeriahkan majlis kami nanti

Tuesday, August 19, 2014

UPTOWN MERU, TEMPAT ORANG MELAYU MENCARI REZEKI!





Para peniaga Uptown Meru telah teraniaya kerana dijanjikan telah mendapat permit oleh pihak penganjur walhal apa pun tiada!
Para peniaga Uptown Meru telah berniaga selama hampir 2 bulan.Dalam tempoh itu, mereka telah memohon lesen pada DBI namun DITOLAK atas alasan tempat tersebut tidak diluluskan untuk berniaga.Mereka juga telah memohon surat sokongan dari wakil setempat namun lambat sangat maklum balasnya. Sekarang ini, bukannya persoalan ada lesen, permit atau tidak.Semua itu boleh DIADAKAN DAN DILULUSKAN sekiranya pihak yang sepatutnya benar - benar mahu menolong para peniaga Melayu ini.

Dengan apa yang berlaku ini saya selaku rakyat Negeri Perak ada beberapa soalan kepada Pengurusan DBI.
Apakah Agama dan Bangsa Datok Bandar Raya Ipoh ?
Apakah Agama dan Bangsa Ketua Penguatkuasa dan Kakitangan Penguatkuasa yang sanggup meruntuh dan merampas rezeki Bangsa Melayu yang mencari sesuap nasi dibumi sendiri ? jangan hina Bangsa sendiri kalau begini cara Kerajaan Negeri Perak menguruskan hak orang Melayu tunggu saja akan sampai masa nya yang Maha Berkuasa akan menunjukan kekuasaan nya tak lama lagi Inshaaallah.

Kepada peniaga Melayu Uptown bersabarlah sentiasalah berdoa mohon pertolongan dari Allah ingat kerana tidak ada kuasa dari manusia walau sebesar mana pangkat dan kuasa yang ada mereka tidak mampu melawan kuasa ALLAH SUBHANAWATAALLA.

Sunday, August 17, 2014

Borang Keahlian Perkasa Parlimen Kampar

Untuk memudahkan ahli baru untuk mendaftar, kami di Perkasa Parlimen Kampar telah menyediakan E-Borang untuk kemudahan anda. E-Borang tersebut boleh dilayari  di sini atau di bawah halaman blog ini.
Terima kasih kerana sudi menyertai dan bersama  perjuangan Perkasa. Admin.

Saturday, August 9, 2014

Perkasa Membantah Kekejaman Ziones



Perkasa Kampar menyertai demotrasi aman mengutuk kekejaman ziones di bumi Plasten. Bertempat di Sg Rokam Ipoh Perak. Yang turut hadir bersama YDP Perkasa Negeri Perak Tuan Haji Yusuf Alang Ahmad.
Diantara lain harapan dan saranan beliau Klik Disini

Friday, August 8, 2014

Batu Bertaburan Diatas Jalan Raya


Perkasa Kampar mengecam tindakan pengusha lori yng membawa muatan batu halus berlebihan sehingga bertaburan di atas jambatan Sungai Kampung Timah.
Kepada penguna jalan raya di harap berhati hati ketika memandu di kawasan tersebut.
Perkasa Kampar berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat kenapa batu ini bertaburan diatas jalan raya. Sebelum ada kemalangan jiwa berlaku...

Perhimpunan Aman Untuk Bersamamu Palestin...





Perkasa Kampar insyaallah akan menghantar wakil ke Perhimpunan Aman Membantah Kekejaman Zionis Terhadap Rakyat Palestin anjuran  Perkasa Negeri Perak. Biro Media jua akan menjemput semua umat Islam di negeri Perak untuk turut hadir beramai ramai. Biro media jua ada membuat jualan amal (Sticker Kereta)yang sebahagian dari hasil jualan akan di dermakan ke tabung Gaza. Marilah kita bersama membeli sambil menderma... semoga dengan sumbangan kita di berkati Allah swt.... Harga RM5 setiap 1


Sedikit info utk himpunan yg akan bakal diadakan:
Assalamualaikum WBT.

Perkasa negeri Perak akan mengadakan himpunan bantahan terhadap rejim Zionis (yahudi) dan doa untuk saudara Islam di Gaza dengan mengadakan

1) Solat hajat di Masjid Sg Rokam (Selepas solat Maghrib) dan bergerak ke padang jalan sukun.
2) Membakar bendera Israel.
3) Membakar bendera Amerika.
4) Serta bacaan doa dan Al Fatihah utk bekalan saudara muslim kita di Gaza.
5) Menyampaikan sedikit sumbangan kepada Tabung Aman Palestin.

Bertempat:

Tarikh: 9hb Ogos 2014 bersamaan hari Sabtu
Waktu: Berkumpul sebelum azan Maghrib di Masjid Sg Rokam.

Semua umat Islam yg bersimpati dengan nasib saudara Islam kita di Gaza dijemput hadir kerana Allah.
Mohon sampaikan kepada rakan2 untuk turut serta.

In sha Allah.

Takziah Buat Dato Zahid Hamidi



Perkasa Kampar merakamkan ucapan takziah kepada YB Dato Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri dan seluruh keluarganya kerana ayahandanya kembali kerahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan orang orang yang beriman...amin

YDP Perkasa Negeri Menziarahi Ketua Penerangan Perkasa Kampar




Pengerusi Perkasa Parlimen Kampar merangkap YDP Perkasa Negeri Perak Tuan Haji Md Yusuf bin Alang Ahmad meziarahi Ketua Penerangan Perkasa Parlimen Kampar Sdr Khairul Azhar Mokhtar yang tidak sihat yang kini dirawat di Hospital Pakar KPJ Ipoh. Warga Perkasa Kampar berdoa agar Sdr Khairul sihat seperti sedia kala....amin

Tuesday, August 5, 2014

Yang Dipertuan Agung Di Hina



Perkasa Kampar mengutuk sekeras kerasnya tindakan individu memuat naik gambar Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muazam Shah yang kemalangan. Kami berharap agar orang yang bertangung jawap memuat naik gambar ini dalam media sosial di ambil tindakan sekeras kerasnya.