Powered by Blog - Widget

Lagu

Saturday, May 31, 2014

Pelancaran Perkasa di UK- Europe


Kelab Perkasa telah berjaya ditubuhkan di UK dan Europe bertempat di Restoran Pak Awie. Kehadiran  sehingga 200 org .Di khabarkan mendapat sambutan luar jangka.Ucapan dari Timbalan Perkasa UK Europe En. Wan Tauren.  Presiden Perkasa Malaysia Dato Ibrahim Ali menyampaikan ucapan perasmian.



 
Blogger Raja Petra turut sertadalam majlis pelancaran ini.

Friday, May 30, 2014

PERKASA TIDAK TERLIBAT DENGAN PRK TELUK INTAN


Perkasa Kampar: Melalui kenyataan yang diterima dari YDP Perkasa Perak Hj. Md Yusuf  bin Alang Ahmad  dengan ini mengesahkan kepada pihak berkuasa serta pengundi pengundi PRK Parlimen  Teluk Intan bahawa Perkasa Negeri Perak dan ahli-ahlinya tidak melibatkan diri dalam PRK  ini. Maklumat yang di  terima ada pihak yang tidak bertanggung jawap telah menyebar fitnah bahawa Perkasa telah masuk ke kampung kampung dan mengarahkan supaya jangan keluar mengundi.  Perkasa Negeri Perak menafikan sekeras kerasnya tindakan yang  tidak bertanggungjawap dan mohon pihak berkuasa menyiasat pekara ini dan mengambil tindakan.

Malaysiakini Sengaja Mencari Pasal.


Berita Penuh Klik Disini

Thursday, May 29, 2014

Majlis Israq Dan Mikraj Bersama Pelajar kita UK

Perkasa Kampar menerima berita dari rakan-rakan yang berada di  UK bahawa Perkasa Malaysia telah mengadakan majlis Israk dan Mikraj bersama pelajar- pelajar  disana pada 29.Mei.2014 jam 7.30ptg. Takzirah disampaikan oleh Al Fadil Ustaz Hassan Basri Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Perkasa Malaysia. Turut hadir, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di London bersama Presiden Perkasa Malaysia.

Sumber di petik Perkasa Negeri Selangor. Terima kasih

Penubuhan Perkasa Di United Kindom

Perkasa Kampar:  Difahamkan bahawa Perkasa telah diterima oleh pelajar -pelajar kita di luar negara. Sdra Amran Bin Alang Ahmad selaku wakil negeri Perak berkata sambutan yang memerangsangkan bersama nya iaitu En Kamal (berbaju biru) selaku Pengerusi Kelab Perkasa UK & Eropah dan sebelah kanan beliau (baju berpetak) selaku Ketua Wira Perkasa. Tahniah. Insyaallah Perkasa akan melebarkan sayapnya ke Timur Tengah seperti Jordan dan Mesir.

Pemashuran Paduka Seri Sultan Perak



Perkasa Kampar merafak sembah setinggi tinggi tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku kerana telah dimashurkan sebagai Sultan Perak ke 35. Sultan Nadzrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah.. Rakyat dengan Tuanku terpisah tiada. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku Daulat Tuanku.

Wednesday, May 28, 2014

KEMANGKATAN PADUKA SERI SULTAN PERAK ALMARHUM SULTAN AZLAN SHAH


Seluruh Ahli Perkasa Kampar merafaz sembah takziah kepada seluruh kerabat diraja Perak di atas kemangkatan Almarhum Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Al marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah pada jam 1330 sebentar tadi. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Al Fatihah.Berita Penuh Klik Disini:

Amin....

Tuesday, May 27, 2014

Nelayan Bantah Tutup Lombong

 Gara gara  kerakusan pengusaha tanaman pinggir lombong inilah jadi nya. Berita Penuh Klik Disini

Penyampaian Watikah Perlantikan Perkasa Parlimen Bagan Serai

Perkasa Kampar merakam tahniah kepada barisan kepimpinan Perkasa Bagan Serai  yang diketuai oleh En Md Rashid bin Salim (berdiri di tengah) kerana telah berjaya mengadakan majlis tersebut.  Majlis telah disempurnakan oleh En Othman Mohammad - Jawatankuasa Perkasa Negeri Perak dan merangkap Pengerusi Perkasa Parlimen Taiping yang mewakili YDP Perkasa Negeri Perak Tuan Haji Md Yusuf bin Alang Ahmad ianya juga merupakan Pengerusi Perkasa Parlimen Kampar. Di antara ucapan beliau ialah penekanan kepada pencapaian KPI Perkasa Negeri dan Pusat. 1. Melengkap seluruh barisan JK samada Wira, Wiranita dan Wirawati. 2. Melengkap bilangan ahli 2,000 orang setiap parlimen.


                                        Barisan AJK  Perkasa Parlimen Bagan Serai 2014-2016

Monday, May 26, 2014

Simpang 4 Berhampiran Masjid Baru Malim Nawar - Bahaya



Perkasa Kampar berharap agar dapatlah pihak berwajib dan berkuasa  memasang lampu isyarat di persimpangan  Masjid Baru Malim Nawar dan SRJK (T) Methodist Malim Nawar. Keperluan lampu isyarat begitu ketara apabila pembukaan jalan baru yang menghubung Malim Nawar dan Taman Bandar Baru Kampar. Kawasan ini berpontensi mengundang kemalangan terutama di waktu pagi apabila pelajar sekolah menggunakan dan juga takala para pekerja keluar bekerja. Demi keselamatan anak anak sekolah ketika ke sekolah dan jemaah yang berulang alik ke masjid tindakan segera perlu di ambil sebelum kecelakaan yang tidak diingini berlaku.


Perkasa Kampar berharap agar penguna jalanraya berhati hati di kawasan ini..

Lombong Di Jadikan Kolam Ikan


Perkasa Kampar sempat menemubual pengusaha kawasan lombong yang mengunci dan memagar . Setelah sekian lama lombong ini tidak di kunci akhirnya berkunci.  Alasan yang diberi, mereka menternak ikan dan menyewa dari tauke ladang mempelam berhampiran. Apa yang meragukan bahawa permohonan tanah walaupun  seinci amat sukar diluluskan mengapa mereka ini terlalu mudah di luluskan. Perlu perjelasan dari pihak berwajib perlu diperolehi.

Penerokaan Tanah Pinggir Lombong Secara Berluasa





KAMPAR – Sumber pendapatan lebih 200 nelayan darat didakwa disekat gara-gara tindakan sebuah syarikat memagar tiga lombong berhampiran Kampung Sri Jelutong, di Malim Nawar.

Tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut yang dikatakan dilakukan tanpa pengetahuan mereka, kira-kira 30 nelayan yang sememangnya bergantung kepada lombong itu sebagai sumber pendapatan berhimpun secara aman bagi menyatakan bantahan pada jam 10 pagi semalam.

Seorang nelayan, Zamri Hassan, 61, berkata, dia kecewa dengan tindakan itu kerana menyara dua anaknya yang masih belajar di institusi pengajian tinggi dan tingkatan enam dengan hasil menangkap ikan di lombong itu.

Menurutnya, lesen menangkap ikan yang dikeluarkan kini tidak berguna apabila lombong berkenaan dipagarkan.

“Ada lesen tapi tiada lombong. Malah, tiga lombong sedia ada bagi meraih pendapatan sejak 40 tahun lalu kini sudah dipagarkan dan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang difahamkan mahu menternak ikan.

“Tindakan itu menyebabkan saya tiada pendapatan sejak dua minggu lalu sedangkan sebelum ini, saya raih pendapatan sebanyak RM30 sehari hasil menjual ikan tilapia,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, penduduk pernah dihalau ketika menjala ikan di kawasan lombong berhampiran dan ikan ditangkap dirampas serta diarahkan membawa sampan pulang.

Sumber berita Sinar Harian:


Sunday, May 25, 2014

Penyampaian Watikah Wira Perkasa Parlimen Kampar




Ahad. 25.Mei.2014 di Pasir Panjang Lumut Perak Wira Perkasa Parlimen Kampar telah mengadakan penyampaian watikah perlantikan Jawatankuasa Wira Perkasa Parlimen Kampar. Watikah di sampaikan oleh Ketua Wira Perkasa Negeri Perak Sdr Nor Afzaininizam Salleh. Seramai 15 orang menerima sijil perlantikan di ketuai Sdra Nor Azhar bin Othman . Perkasa Kampar berharap dengan perlantikan ini ia boleh memantapkan lagi Perkasa Parlimen Kampar.

Saturday, May 24, 2014

Bowling Anjuran Biro Sukan Perkasa Parlimen Kampar


Biro Sukan Perkasa Parlimen Kampar mengadakan Sukan Bowling antara AJK  Perkasa Parlimen Kampar. Seramai lima orang pemenang telah berjaya mengumpul mata tertinggi yang akan bertanding di peringkat Negeri Perak untuk merebut Piala YDP Perkasa Negeri Perak.

1.Sdr Rosli Bin Nordin
2.Sdr Din
3.Sdr Norpakaruddin bin Samat
4.Sdr Md Azlan Bin Omar
5.Sdr Amran Bin Alang Ahmad

Perkasa Kampar mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Biro Sukan Sdr Nizam Ghazali.

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil Allahyarham Dahlan Bin Kidon



Perkasa Kampar telah menghadiri majlis bacaan Yaasin dan Tahlil di rumah Naib Ketua Wiranita Perkasa Parlimen Kampar, Puan Noriah Yaakup untuk arwah suaminya Allahyarham Dahlan Bin Kidon . Arwah merupakan Pengerusi Penaja Perkasa Cawangan Taman Seri Kampar. Bacaan Yaasin dan tahlil diketuai oleh Tuan Haji Abdul Majid Mat Shah yang merupakan Pengerusi Biro Agama Perkasa Parlimen Kampar. Turut hadir Tuan Haji Md Yusuf Alang Ahmad. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh nya Al Fatihah.....Amin

Konvoi Wira Perkasa Parlimen Kampar.




Perkasa Kampar: Wira Perkasa Kampar mengadakan konvoi berkereta dan bermalam di Baitul Hilal Pasir Panjang Lumut Perak.  Peserta di lepaskan oleh Pengerusi Perkasa Parlimen Kampar di Dataran Malim Nawar. Tuan Haji Md Yusuf Bin Alang Ahmad. Tahniah semoga selamat sampai ke destinasi. Program dipenuhi dengan acara pertandingan memancing dan penyampaian watikah lantikan Wira Perkasa Parlimen Kampar oleh Ketua Wira Perkasa Negeri Perak.

Wednesday, May 21, 2014

Penubuhan Perkasa Taman Teja Tanjung Tualang



Perkasa Kampar telah menubuhkan penyelaras  baru Taman Teja Tanjung Tualang dan Wira Perkasa.Turut serta Pengerusi Perkasa Parlimen Kampar merangkap YDP Perkasa Negeri Perak Tuan Haji Md Yusuf Alang Ahmad. Kehadiran seramai 25 orang.

Majlis Penyampaian Watikah Wiranita Perkasa Parlimen Kampar


Wiranita Perkasa Parlimen Kampar mengadakan majis penyampaian watikah Wiranita Perkasa Parlimen Kampar. Seramai 15 orang wiranita menerima watikah tersebut. YDP  Perkasa Negeri Perak merangkap Pengerusi Perkasa Parlimen Kampar  berharap agar sayap sayap Perkasa Parlimen  dapat sama membantu melaksana kempen menambah ahli, menyahut seruan pucuk pimpinan Perkasa Pusat. 

Sementara itu Cik Hawa Bee Binti Omar berkata ketika berucap di hadapan ahli jawatankuasanya berharap agar sayap Perkasa ini dapat memberi komitmen yang baik di dalam menjalankan tugas yang di amanahkan, agar Perkasa Parlimen Kampar terus maju.
                           Barisan kepimpinan Wiranita Perkasa Parimen Kampar. Tahniah
                              Puan Noriah Binti Yaacob, Naib Ketua Wiranita Perkasa Parlimen Kampar
                                                                      TAHNIAH

Monday, May 19, 2014

Kunjungan YDP Perkasa Negeri Perak Ke Kampung Bukit Pekan


Perkasa Kampar mengucapkan ribuan terima kasih diatas sambutan yang di berikan oleh ketua kampung Bukit Pekan Sdr Zabidi Bin Kassim kepada YDP Perkasa Negeri Perak. Program Senamrobik Wiranita Perkasa Negeri Perak. Beliau bersyukur kerana di beri ruang di dalam majis ini memberi ucapan sepatah dua kata, Diantara lain inilah yang beliau hendak masyarakat kampung bersatu padu tiada berpuak puak. Tiada mengira fahaman politik.
Di sampin itu Sdr Zabidi menerima borang keahian perkasa untuk penduduk kampung. Perkasa Kampar berharap agar dapat kami berkerjasama dalam apa jua program.

Sunday, May 18, 2014

Wakil Perkasa Kampar Ke United Kindom dan Eropah



Perkasa Kampar mengucapkan selamat pergi dan kembali kepada Sdr Amran Alang Ahmad Timbalan Perkasa Parlimen Kampar kerana terpilih untuk menghadiri Pelancaran Perkasa United Kindom dan Eropah. Saya jua difahamkan rombongan ini di ketuai Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali. Semuga  Perkasa bertambah hebat dan  berkongsilah berita dengan admin.Terima kasih....

Saturday, May 17, 2014

Perkasa Sasar Sejuta Ahli

Perkasa Kampar menyahut saranan Presiden Perkasa bahawa ahli perkasa mesti mencecah sejuta ahli akhir tahun ini. Untuk berita penuh sila klik Disini:

Senamrobik Wiranita Perkasa Parlimen Kampar


Senamrobik anjuran Wiranita Perkasa Parlimen Kampar telah diadakan pada 18/5/2014 (Ahad). Pn Noriah Yaacob  selaku Naib Ketua Wiranita Perkasa Parlimen Kampar memberitahu bahawa ini merupakan program sulung Wiranita Perkasa setelah beliau dilantik bersama Cik Hawa Bee selaku Ketua Wiranita .Beliau  berharap agar ahli  Wiranita dapat menikmati hidup cergas dan sihat. Kehadiran di luar jangkaan seramai 80 orang peserta. telah hadir menjayakan program tersebut.  Tuan Haji Md Yusuf Bin Alang Ahmad selaku YDP Negeri, dalam ucapannya berharap agar aktiviti seperti ini dapat diteruskan dikampong-kampong. Di kesempatan ini beliau menyarankan agar perpaduan menjadi perkara utama dan memohon agar memberi kerjasama kepada semua pihak, jangan ada perasaan syak wasangka.

Wednesday, May 14, 2014

PELANCARAN PERKASA UNITED KINDOM DAN EROPAH


Perkasa terus di terima oleh orang  melayu di seluruh dunia. Perkasa akan di lancarkan di United Kindom, pada 31.Mei.2014. Untuk berita penuh sila klik di sini.

Selamat Menyambut Hari Guru 2014



Perkasa Negeri Perak dan Perkasa Kampar mengucapkan selamat menyambut Hari  Guru pada 16/5, kepada semua warga pendidik di negeri ini khasnya dan  seluruh negara amnya. Berharap agar para guru  dapat mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

Tuesday, May 13, 2014

Najib Gopoh Mengugurkan Mat Said





Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gopoh dalam membuat pertukaran menteri besar di Terengganu sehingga menyaksikan Barisan Nasional (BN) hampir hilang kuasa di negeri itu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, berkata Najib sewajarnya menimbangkan permintaan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang akan melangsungkan perkahwinan anaknya tidak lama lagi.

“Difahamkan beliau (Ahmad) ada minta tangguh selepas selesai anaknya kahwin. Najib kata tidak setuju. Kalaulah betul itu yang diminta, Najib patut timbang dan tidak gopoh menerima peletakan jawatan Ahmad.

“Kena bijak buat keputusan yang menggembirakan semua pihak. Sekarang nasi sudah jadi bubur,” katanya melalui pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

Ahmad melahirkan rasa tidak puas hatinya kepada Najib selepas permintaan untuk menangguhkan peletakan jawatannya ditolak dan menyifatkan perkahwinan anak Ahmad sebagai urusan peribadi, lapor Astro Awani.

Setakat ini, tiga Adun Umno mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Bagaimanapun, Ahmad berkata akan lebih ramai Adun Umno mengisytiharkan keluar parti tidak lama lagi.

Ibrahim berkata, Najib sewajarnya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk menggugurkan Ahmad sebagai menteri besar Terengganu kerana BN tidak mempunyai kedudukan yang kukuh di negeri itu.

Katanya, Najib tidak pernah belajar daripada sejarah dan enggan mengambil iktibar di atas kesilapan lalu.

“Di Terengganu BN lebih dua kerusi. Patut hati-hati dan berhemah. Apatah lagi melibatkan Ahmad yang sudah jadi menteri besar.

“Inilah akibat bila lupa sejarah dan tidak belajar daripada kesilapan lalu,” katanya.

Ibrahim berkata, dirinya juga pernah disingkirkan dari Umno sewaktu pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi namun menjadi calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 2008.

Sehubungan itu, katanya, Ahmad perlu menerima dengan baik apa yang diarahkan Najib untuk mengundurkan diri sebagai menteri besar.

“Saya dulu digugurkan oleh Abdullah sebagai ketua bahagian Pasir Mas tanpa sebab. Abdullah malukan saya. Saya tanding bebas PRU12. PAS selamat dua kerusi untuk terus memerintah Kelantan.

“Masa itu Najib sebagai timbalan presiden dan pengarah jawatankuasa pengurusan,” katanya. – 13 Mei, 2014.

Penubuhan Cawangan Perkasa Dalam Parlimen Kampar

Penubuhan Perkasa di Changkat Belulang Maim Nawar Perak pada 11.Mei.2014 dan Cawangan Seri Malim pada 8.Mei.2014.Yang turut hadir bersama Tuan Haji Md Yusuf Bin Alang Ahmad Pengerusi Perkasa Parlimen Kampar.

Saturday, May 10, 2014

Selamat Ulang Tahun Umno

Perkasa Kampar merakamkan setinggi tahniah diatas usia  UMNO yang ke 68 tahun. Semuga tuanya usia Umno bertambah matanglah pemimpinnya.

Friday, May 9, 2014

MESYUARAT JK PERKASA NEGERI 5/2014

 SELAMAT DATANG


Setelah dipersetujui mesyuarat bulanan Perkasa Negeri akan diadakan di Parlimen- Parlimen di seluruh Negeri Perak. Buat permulaan Parlimen Gopeng telah menawarkan tempat bagi mesyuarat bulan mei.

Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Negeri Perak akan diadakan pada
                                      Tarikh :     10/5/2014 (Sabtu)
                                      Masa :      10.00 pagi
                                      Tempat :   Bilik Mesyuarat Dewan Dato Ahmad Said
                                                        Sungai Rokam Ipoh.
                                      Pengerusi Parlimen Gopeng : Tn Hj Sedny 

Semua JK dijemput hadir bagi meneruskan kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara.
                                     

Thursday, May 8, 2014

CINA MEMANG PENCEROBOH, MELAYU TAKKAN MINTA MAAF.



Berikutan kenyataan mengenai orang cina di Malaysia adalah penceroboh yang dibawa oleh pihak British, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) bertegas tidak akan meminta maaf kepada kaum cina kerana ia merupakan fakta sejarah.

Abdullah Zaik Abdul Rahman juga mengecam DAP yang membuat laporan Polis ke atas diri beliau dan menyifatkan DAP sebagai tidak mengamalkan kebebasan bersuara.

Presiden Isma itu turut menyatakan bahawa cina di Malaysia kini telah lupa asal usul mereka dan orang cina perlu disedarkan tentang realiti sebenar tentang kedudukan mereka didalam negara ini.

Selain itu, Abdullah Zaik meminta orang cina supaya menjaga hati dan perasaan bangsa melayu di Malaysia ini terlebih dahulu jika mahu bangsa melayu menjaga hati mereka.

Beliau juga berkata orang cina seharusnya perlu berhati-hati dengan perasaan orang melayu dan orang melayu tak perlu memohon maaf tentang segala sejarah yang telah berlaku.

Berkenaan dengan siasatan Polis yang dilakukan terhadap dirinya berhubung kenyataan tersebut, Abdullah Zaik sedia berkerjasama sepenuhnya dengan pihak Polis dan sedia menerangkan mengapa beliau membuat kenyataan sedemikian. - MPP News

Wednesday, May 7, 2014

Kecewa Dengan Keputusan Kabinet...



Hari ini, seorang lagi menteri kabinet 'half past six' DS Najib Razak buat tahi di dalam pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional. Menteri Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu Belaun, secara membabi buta mengeluarkan kenyataan bahawa kabinet hari ini memutuskan untuk membuang ruang kaum yang ada di dalam borang rasmi Kerajaan. Ramai rakyat terutama orang-orang bumiputera amat marah dengan kenyataan ini. Malah Pengarang Kanan Akhbar Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan turut menemplak kenyataan Joseph ini.Hasil pertanyaan kami kepada dua orang menteri menerusi ruang whatsapp, YB Khairy Jamaluddin dan YB Abdul Rahman Dahalan, mengesahkan tiada kertas kabinet dan memo kabinet yang dibuat tentang hal penguguran ruang kaum di dalam borang kerajaan. Joseph Entulu hanya membangkitkan semasa hal-hal lain di dalam mesyuarat kabinet. Kabinet secara majoritinya tidak bersetuju untuk membuang ruang kaum di dalam semua borang kerajaan. Pengecualian hanya diberikan kepada 'non-relevant forms' sahaja.Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak harus bertegas dalam hal ini kerana ini secara langsung telah mengugat kepercayaan rakyat terutama kaum bumiputera kepada pentadbiran DS Najib. Tindakan Joseph Entulu yang membelakangkan kabinet harus dipandang serius dan tindakan sewajarnya seperti menggugurkan beliau dari kabinet harus dilakukan oleh Perdana Menteri. Jangan biarkan anak cucu kita kencing di atas kubur kita bila kita sudah tiada nanti. Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/05/minta-jasa-baik-ds-najibrazak-gugurkan.html#e3oyOIqhExhIQF60.99