Powered by Blog - Widget

Lagu

Thursday, November 27, 2014

KENYATAAN MEDIA MENJAWAP LIM GUAN ENG



Merujuk kepada kenyataan Guan Eng yang disiarkan Malaysian Insider bertajuk "'Sober'Khairy now becoming extremist, says Guan Eng." Berikut adalah respons dari PERKASA.

PERKASA menyelar kenyataan Lim Guan Eng yang melabelkan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin seorang ektremis sama seperti saya di atas kenyataan Khairy pada Persidangan Sayap Pemuda UMNO yang mahu bukan Bumiputera menghormati Kontrak Sosial yang menjadi asas Perlembagaan Persekutuan.

Jelas, kenyataan Guan Eng ini adalah suatu kenyataan yang bersifat jahat serta jahil dan penuh dengan elemen chauvistik perkauman.

Apakah berjuang untuk mempertahankan hak-hak Bumiputera sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan dari segi pemerkasaan ekonomi, pemberian danasiswa dan mempertahankan kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan adalah suatu bentuk ektremisme ?

Adakah Lim Guan Eng memahami bahawa terdapat peruntukkan2 di dalam Perlembagaan yang dikhususkan untuk menjaga hak2 dan keistimewaan Bumiputera dan kesucian Islam ?

Apakah patut konsistensi dan komitmen saya dalam mempertahankan hak dan keistimewaan Bumiputera serta kesucian agama Islam digelar sebagai ekstremisme dan disamakan pula dengan seorang pemimpin yang hanya dek kerana Perhimpunan Agung UMNO baru "ada telor" nak bercakap tentang hak Melayu ?

Kenyataan Guan Eng ini menampakkan kedangkalan beliau dalam memahami maksud keadilan.

Adil bukanlah bermaksud sama rata.
Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Dan adalah adil bagi bangsa teras iaitu Bumiputera negara ini mempertahankan hak2 dan kelebihannya kerana ia telah dijamin melalui peruntukan perlembagaan dan hak2 ini telah dipersetujui oleh semua kaum melalui Kontrak Sosial yang menjadi asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

Tidaklah ektrem jika seorang Melayu itu bercakap tentang hak2 Bumiputera serta mengingatkan kaum lain berkenaan Kontrak Sosial kerana semenjak ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri, pelbagai provokasi2 yang mencabar hak dan keistimewaan Bumiputera serta kesucian Islam berleluasa yang pastinya boleh menganggu gugat keamanan negara.

Guan Eng janganlah terlalu berani bermain dengan api kerana apabila marak akan terbakarlah diri.

Dato' Ibrahim Ali
Presiden PERKASA

Saturday, November 22, 2014

HAK AGAMA ISLAM OLEH PENGERUSI PERKASA PARLIMEN KAMPAR





Ini Bukan Retorik atau gurindam, tetapi adalah WAJAH sebenar Perkasa Sekarang ,  Perkasa telah berada di atas Landasan Sebenar Perjuangan demi Agama Bangsa dan Negara,laluan nya Jelas dan Haluanya terbentang luas, Bertepatan dengan Matlamat Asal Penubuhan nya,tidak ada KETAKBURAN dalam apa Jua Tindakan menegor,menasihati ,memberi pandangan di dalam apa jua Perkara Yang di fikirkan nya bertentangan dengan Hak Hak Ugama Islam , Bangsa Melayu, Bumiputra ,Rajanya ,dan Hak nya keatas Tanah Tinggalan Nenek Moyang Melayu,Melintang Patah Membujor Lalu, Bak Kata Presiden Perkasa lagi Alang Alang Menyelok Perkasam Biar sampai Ke Pangkal Lengan, Terbujor Mayat Bergelimpangan, Bercacakan  Batu Nisan ,di sana di sini dan di sinun, HAK HAK AGAMA ISLAM,MELAYU ,RAJA DAN TANAH MOYANG INI yang di Tulis Dengan Tinta Darah dan Keringat  Moyang Melayu ,Termaktub dalam Perlembagaan hendak lah di Pertahankan. ALLAH jua Yang Maha Mengetahui di atas Segalanya,Kapada nya Jua kita Berserah.Allahu Akhbar.

Tuesday, November 11, 2014

Tanah Rizeb Melayu Oleh Saudara Haniffa



Fakta
Menurut laporan  Utusan Malaysia bertarikh 18hb Sept 2014 melaporkan bahawa Pejabat Menteri Besar Perak telah mengeluarkan data tanah rizab melayu di Perak. Menurut laporan ini di Perak terdapat 890,511.13 hektar tanah manakala di Kampar sahaja seluas 4,133.91 hektar. Namun persoalannya di manakah tanah tersebut? Apakah status tanah yang dikatakan tanah rizab melayu itu? Malah di manakah lokasi tanah tersebut?

Saturday, November 8, 2014

Usul Penyertaan Bumiputera dalam Kek Ekonomi Kampar oleh Saudara Amran Alang Ahmad



Kampar daerah ke 10 dan Daerah bongsu di negeri Perak melalui perwartaan pada 23 April 2014 telah diisytiharkan secara rasmi oleh Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah pada 21.5.2009 bertempat di Bandar Baru Kampar. Terdiri kepada 2 bandar utama iaiu Kampar dan Gopeng serta mempunyai dua mukim iaitu mukim Kampar dan Teja. Menurut sejarah Kampar mula dibuka sekitar tahun 1886.

Perasmian Blog Perkasa Parlimen Kampar



Dengan izin Allah SWT di atas kesyukuran nikmat yang diberi, saya Yang Berbahagia
Datuk Ibrahim Ali merangkap Pengerusi Pribumi PERKASA dengan ucapan Bissmillahirahmanirahim melancarkan blog rasmi Perkasa Parlimen Kampar pada pada tarikh 9 September 2014.


Blog yang diilhamkan oleh Pengerusi PERKASA Parlimen Kampar Tuan Haji Md Yusuf Bin Alang Ahmad dan telah di usahakan oleh Encik Noor Azmi bin Mokthar untuk memudahkan maklumat disampaikan kepada ahli-ahli Perkasa melalui dunia maya yang semakin berkembang.



Selain dari blog ini, Perkasa Parlimen Kampar juga telah menyediakan laman Facebook rasmi Perkasa bagi memudahkan anak-anak muda mengikuti perkembangan dan memahami perjuangan Perkasa.