Powered by Blog - Widget

Lagu

Tuesday, August 19, 2014

UPTOWN MERU, TEMPAT ORANG MELAYU MENCARI REZEKI!





Para peniaga Uptown Meru telah teraniaya kerana dijanjikan telah mendapat permit oleh pihak penganjur walhal apa pun tiada!
Para peniaga Uptown Meru telah berniaga selama hampir 2 bulan.Dalam tempoh itu, mereka telah memohon lesen pada DBI namun DITOLAK atas alasan tempat tersebut tidak diluluskan untuk berniaga.Mereka juga telah memohon surat sokongan dari wakil setempat namun lambat sangat maklum balasnya. Sekarang ini, bukannya persoalan ada lesen, permit atau tidak.Semua itu boleh DIADAKAN DAN DILULUSKAN sekiranya pihak yang sepatutnya benar - benar mahu menolong para peniaga Melayu ini.

Dengan apa yang berlaku ini saya selaku rakyat Negeri Perak ada beberapa soalan kepada Pengurusan DBI.
Apakah Agama dan Bangsa Datok Bandar Raya Ipoh ?
Apakah Agama dan Bangsa Ketua Penguatkuasa dan Kakitangan Penguatkuasa yang sanggup meruntuh dan merampas rezeki Bangsa Melayu yang mencari sesuap nasi dibumi sendiri ? jangan hina Bangsa sendiri kalau begini cara Kerajaan Negeri Perak menguruskan hak orang Melayu tunggu saja akan sampai masa nya yang Maha Berkuasa akan menunjukan kekuasaan nya tak lama lagi Inshaaallah.

Kepada peniaga Melayu Uptown bersabarlah sentiasalah berdoa mohon pertolongan dari Allah ingat kerana tidak ada kuasa dari manusia walau sebesar mana pangkat dan kuasa yang ada mereka tidak mampu melawan kuasa ALLAH SUBHANAWATAALLA.

No comments:

Post a Comment