Powered by Blog - Widget

Lagu

Sunday, March 23, 2014

Apakah Kita Berbangga Dengan Peningkatan Majoriti Undi PRK Kajang?






Pengundi DUN Kajang telah membuat keputusan. Dalam PRK yang baru lalu, Pakatan Rakyat mengekalkan kerusinya yang mereka menangi dalam PRU 13. Walaupun calon berganti keturunan dari berbangsa cina ke melayu mereka tetap memilih PR. PR perlu membuat analisa kenapa undi mereka menurun? Kenapa menurun adakah disebabkan kerana peratus yang keluar mengundi merosot ataupun simpati isu MH370. Manakala BN  juga tidak lepas dari membuat post mortem mengenai kekalahan ini walaupun Sdra Anwar telah dihukum 5 tahun penjara kerana kes liwatnya yang mana ketiga-tiga hakim  telah membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman. Secara jelas, 100% keputusan hakim menetap Sdra Anwar bersalah.  Isu ini tidak memberi impak secara total. Pengundi di Kajang melalui peti undi seolah-olah  memutuskan. Adakah ini yang dirancang oleh PR agar diadakan pilihanraya selepas keputusan mahkamah semoga ia menjadi penyelamat isu.

Dalam suasana muram kehilangan MH370, rakyat bersimpati apa yang terjadi. Saban hari 'pc' diadakan, saban hari usaha dilakukan mencari kehilangan pesawat membawa ke satu perasaan simpati yang tinggi kepada Timbalan Pengangkutan dan anggotanya. Simpati tersebut tidak menular dan meresap kepada pengundi Kajang. Mungkin Kajang kawasan bandar yang dah ada semua infrastruktur berbanding dengan kawasan luarbandar yang serbaguna perlu dibangunkan.Kalau ini indikatornya bagaimana10 tahun lagi kerana proses urbanasasi terus berlaku. Sekali  jatuh sukar untuk bangun semula.

No comments:

Post a Comment