Powered by Blog - Widget

Lagu

Wednesday, March 12, 2014

Karpal Singh dijatuhi hukuman



Pada 11 Mac lepas, Pengerusi DAP Karpal Singh dijatuhkan hukuman denda RM4,000 dan bakal kehilangan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dimenanginya pada pilihanraya lepas.


Karpal yang berkerusi roda adalah pemimpin tertinggi kedua Pakatan Rakyat (PR) yang dijatuhkan hukuman minggu ini selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah Jumaat lalu kerana meliwat.Karpal akan merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Untuk pengetahuan pembaca, di bawah Perlembagaan Persekutuan, wakil rakyat boleh kehilangan kerusinya jika didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Ketika proses rayuan, peguam beliau, Gobind Singh memohon agar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak menjatuhkan hukuman penjara ke atas beliau atas alasan kesihatan serta kedudukannya sebagai ahli Parlimen. Peguam Gobind Singh berkata, jika beliau dijatuhkan hukuman penjara dan denda melebih RM2,000, Karpal akan kehilangan haknya sebagai ahli Parlimen. Sehubungan itu beliau mencadangkan mahkamah menjatuhkan hukuman denda di bawah RM2,000.

Namun begitu timbalan pendakwaraya  Noorin Badaruddin berkata, hukuman yang menjadi pengajaran termasuk penjara perlu dikenakan tidak mengira status mereka yang didakwa. Katanya lagi, tindakan Karpal telah membuka jalan kepada pihak lain untuk tidak menghormati institusi raja dan Raja-Raja Melayu.

Pada 21 Februari, Karpal yang berkerusi roda didapati bersalah kerana menghamburkan perkataan hasutan ke arah Sultan Perak ketika krisis perlembagaan 2009.

Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah berkata, pihak pembela gagal mewujudkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Peguam Gobind Singh memohon agar hukuman dijatuhkan pada 11 Mac agar pihaknya boleh mempersiapkan mitigasi untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

Karpal yang juga pengerusi DAP berhadapan dengan hukuman sehingga maksimun RM5,000 denda atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pemimpin PR memenuhi ruang mahkamah hari ini sambil menunggu keputusan hukuman dijatuhkan mahkamah. Antaranya penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir memberikan sokongan moral kepada Karpal.

Sumber: themalaysianinsider

No comments:

Post a Comment