Powered by Blog - Widget

Lagu

Tuesday, November 11, 2014

Tanah Rizeb Melayu Oleh Saudara Haniffa



Fakta
Menurut laporan  Utusan Malaysia bertarikh 18hb Sept 2014 melaporkan bahawa Pejabat Menteri Besar Perak telah mengeluarkan data tanah rizab melayu di Perak. Menurut laporan ini di Perak terdapat 890,511.13 hektar tanah manakala di Kampar sahaja seluas 4,133.91 hektar. Namun persoalannya di manakah tanah tersebut? Apakah status tanah yang dikatakan tanah rizab melayu itu? Malah di manakah lokasi tanah tersebut?


Isu
Apabila kita berbicara tentang isu tanah rizab melayu ini beberapa isu pasti akan timbul, antaranya:

a) Gadai atau khianat
Siapakah yang telah menggadai atau mengkhianati hak bangsa sendiri. Malah sehingga kini bangsa Melayu masih dibelenggu oleh golongan ini. Patriotisme adalah merujuk kepada semangat kebangsaan dan amat menyayangi pada bangsanya sendiri lebih dari segala – galanya. Dengan ini ia akan menghalang sebarang bentuk cubaan untuk merosakkan bangsanya dari pelbagai aspek.
Tanah Rizab Melayu adalah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kerana ia merupakan salah satu daripada Hak Keistimewaan Orang – Orang Melayu yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan. Walaubagaimanapun, mengikut senario masa kini serta amalan pada masa sekarang, kebanyakkan pihak – pihak yang berkepentingan lebih bersifat kapitalis berhubung dengan kemajuan dan pembangunan tanah – tanah Rizab Melayu terutamanya yang terletak di kawasan – kawasan bandar dan mempunyai nilai yang tinggi.
b) Kemajuan
Kita tidak menolak kemajuan namun kemajuan ini mestilah berpaksikan keuntungan sejagat. Kemajuan bukanlah berkiblatkn sisitem kapitalis semata-mata. Misalnya, pengambilan tanah rizab Melayu melalui Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk dibangunkan oleh bukan Melayu sememangnya wujud. Malah mengikut undang-undang ini juga tanah rizab yang telah di ambil perlu diganti semula atau dikenali sebagai “ similar in character”. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Proses penggantian ini hanya menguntungkan pihak pemaju semata-mata.
Kapitalisme adalah merujuk kepada sikap atau keinginan seseorang untuk memonopoli sesuatu ekonomi demi kepentingan peribadi atau komunitinya tanpa mengambilkira kesan yang akan berlaku. Kapitalis lebih bersifat sebagai pemodal dan mempunyai ciri – ciri amalan ekonomi “Laissez-Faire” atau pasaran bebas.

c) pemilikan
soal pemilikan ini bukanlah isu yang baru. Bayangkan sekumpulan penduduk kampung di Malim Nawar di mana bekerja sebagai nelayan darat telah dinafikan hak untuk menangkap ikan di tanah air sendiri. Mereka telah menangkap ikan selama lebih 3 generasi di kawasan tersebut, akhirnya kini kawasan lombong yang menjadi tempat mencari rezeki telah diberikan kepada orang lain sejak tahun 2002 lagi. Apa yang menyedihkan, golongan ini bukanlah golongan nelayan komersil. Mereka lebih kepada nelaya sara diri. Paling menyedihkan keselamatan mereka juga diancam, sampan mereka dicuri. Ini memberi gambaran seolah-olah golongan nelayan ini mencuri hasil  tangkapan yang selama ini dianggap sebagai hak awam. Kita perlu ingat para nelayan ini adalah warganegara Malaysia. Mereka mempunyai hak sebagai rakyat Malaysia.

Cadangan
1) Perkasa Kampar menyeru agar semua pihak dapat mempunyai semangat cintakan bangsa sendiri. Nilai ini perlu diterap disemua peringkat, bukan sahaja di kalangan rakyat biasa malah golongan pentadbir tanah dan juga pemimpin. Perkasa Kampar juga menyeru agar satu Jawatankuasa Khas bagi menjaga hal ehwal tanah rizab melayu perlu ditubuhkan. Penubuhan ini perlu lebih menyeluruh, maksudnya perlu ditubuhkan seawall di peringkat daerah lagi.

2) Mempertahankan undang-undang rizab melayu sedia ada.

3) Luaskan jenis penggunaan tanah
Sejajar dengan kemajuan ini maka, jika benar tanah rizab melayu masih wujud di Kampar, maka ianya perlu di majukan agar dapat dirasai oleh semua pihak. Misalnya, di Kampung Gajah program Ladang Rakyat yang telah dijalankan dimana kini telah masuk generasi ketiga telah berjalan dengan lancar. Ini telah memberi pulangan kepada bangsa melayu itu sendiri




Penutup

Tanah Rizab Melayu merupakan benteng terakhir bagi masyarakat Melayu bagi pemilikan tanah yang mana ia merupakan aset utama bagi menjamin sumber makanan serta pendapatan bagi rakyat bagi sesebuah negeri. Tanpa tanah, masyarakat Melayu tidak mempunyai peluang lain untuk memajukan ekonomi mereka. Sebagai contoh jika dilihat kepada masyarakat Melayu di Singapura, meskipun hak dan keistimewaan mereka dijamin dibawah Fasal 152 Perlembagaan Singapura, namun soal tanah tidak menjadi jaminan kepada mereka. Akibatnya, ramai masyarakat Melayu di Singapura terpaksa menyerahkan tanah mereka kepada pihak Pemerintah. Akhirnya, dahulu masyarakat Melayu bergantung kepada tanah untuk menghasilkan pertanian makanan tetapi mereka terpaksa bekerja “makan gaji” untuk mendapatkan sumber pendapatan. Pendapatan dari sumber gaji hanya terhad untuk membeli keperluan makanan namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti peperangan dan sebagainya, bagaimanakah mereka untuk mendapat sumber makanan segera melalui penggunaan tanah – tanah untuk tujuan pertanian

No comments:

Post a Comment