Powered by Blog - Widget

Lagu

Saturday, November 8, 2014

Usul Penyertaan Bumiputera dalam Kek Ekonomi Kampar oleh Saudara Amran Alang Ahmad



Kampar daerah ke 10 dan Daerah bongsu di negeri Perak melalui perwartaan pada 23 April 2014 telah diisytiharkan secara rasmi oleh Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah pada 21.5.2009 bertempat di Bandar Baru Kampar. Terdiri kepada 2 bandar utama iaiu Kampar dan Gopeng serta mempunyai dua mukim iaitu mukim Kampar dan Teja. Menurut sejarah Kampar mula dibuka sekitar tahun 1886.


Secara umumnya penduduk kampar terdiri dikalangan Melayu, Cina, India dan bagsa lain namun majoritinya berbangsa Cina merangkumi hampir 50%, Melayu 27%, India 10% komposisi penduduk selebihnya bangsa lain (statistik perangkaan 2010).

Bandar Baru Kampar boleh diibaratkan ibu daerah kepada daerah ini dan pemagkin kepada pembangunan daerah ini sendiri Kampar. Kenapa ini wujud umpama seperti cendawan tumbuh hanya dalam empoh 5 tahun setelah pewartaan

Ini tidak lari dari disebabkan oleh adanya UTAR dan KTAR mejadikan Kampar sebagai Bandar Ilmu. Kehadiran yang sebegini ramai tentunya telah menjana kek ekonomi di Kampar khususnya di perbeanjaan harian para pelajar.

Jika di lihat kepada Objektif dan Maktlamat RTD Kampar 2030;

Menjadikan Daerah Kampar Sebagai Hub Pendidikan dan Penyelidikan, Pusat Utama Pemasaran Produk Pertanian Peringkat Negeri Perak, Tarikan Pelancongan dan Persekitaran Yang Sejahtera dan Mampan Berasaskan Sumber Sedia Ada.

Berdasarkan kepada maktlamat pembangunan yang telah digariskan, berikut merupakan objektif-objektif penyediaan RT Kampar 2030;


  1. Merancang gunatanah fizikal dan pembangunan ekonomi yang berdaya saing melalui perkembangan dan penjanaan akiviti sektor ekonomi yang berasaskan sumberjaya sedia ada seperti pertanian, perlancongan, perindustrian dan perdagangan;
  2. Merancang, menaiktaraf dan memajukan pusat pendidikan dan penyelidikan sedia ada dan komited yang lebih terancang sebagai pemagkin Daerah Kampar sebagai hub pendidikan dan penyelidikan;
  3. Merancang dan memajukan sumber perlancongan sedia ada dan juga kawasan yang berpotensi pelancongan serta menyediakan kemudahan sokongan pelancongan di kawasan berkenaan;
  4. Merancang pembangunan yang lebih terancang di Bandar-bandar utama seperti Bandar Kampar dan Bandar Gopeng khususnya, juga menaiktaraf pusat-pusat pertumbuhan kecil bagi mewujudkan kesejahteraan bandar;
  5. Merancang dan menaiktaraf sistem jaringan jalanraya, lalulintas dan pengangkitan awam yang menyeluruh dan bersepadu bagi mencapai kemudahsampaian yang tinggi di semua kawasan;
  6. Merancang, menaiktaraf  dan meningkatkan penyediaan infrasruktur dan utiliti bagi memenuhi keperluan penduduk dan menyokong pembangunan pembandaran dan persekitaran yang sejahtera dan mampan;
  7. Menyediakan kemudahan dan institusi yang menyeluruh bagi  meningkatkan taraf kehidupan dan kesejaheraan penduduk tempatan khususnya;
  8. Mengenalpasti dan memelihara kawasan sensitif alam sekitar bagi mewujudkan keseimbangan antara pembangunan dan alam semulajadi bagi mencapai persekitaran alam yang mampan; dan
  9. Mewujudkan satu sistem pengurusan dan pelaksanaan yang efisien kearah urus tadbir yang baik.


Pembangunan Ekonomi Tempatan


  1. Potensi Daerah Kampar menjadi pusat pengeluaran dan pemasaran hasil pertanian dan produk-produk tempatan secara tidak langsung akan menigkatkan pembangunan ekonomi tempatan;
  2. Pembangunan industri kecil dan sederhana berdasarkan sumberjaya tempatan hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil ternakan;
  3. Pembangunan ekonomi penduduk setempat melalui sektor perniagaan hasil daripada pembangunan sektor pendidikan terutamanya di Bandar Baru Kampar;
  4. Terdapatnya sumberjaya alam semulajadi untuk pembangunan kawasan rekreasi dan seterusnya menarik pelancong seperti air terjun, rekreasi sungai, gua dan lain-lain yang secara tidak langsung akan menigkatkan ekonomi kawasan berhampiran dan penduduk khusunya.


Statistik menunjukkan lingkungan usia penduduk di Kampar ini 20-25 tahun sebanyak 25.000, 20-30 sebanyak 16.000 dan 20-40 sebanyak 9300 9 (perangkaan tahun 2010)

Jesteru Perkasa Kampar melihat pekara ini jika tidak dibantu akan merencatkan pembabitan bumiputera dalam kek kawasan ekonomi Kampar. Oleh itu Perkasa Kampar mengessa pihak bertanggungjawap di Kampar.

  • Mewujudkan Pusat Perniagaan baru.
  • Menaiktaraf pusat perniagaan sedia ada kepada yang lebih menonjol.
  • Mengenakan kadar sewa yang berpatutan.
  • Menyewakan premis perniagaan kepada penyewa yang benar ingin berniaga.


Oleh itu Perkasa Kampar


  • Menghantar satu memorandum kepada kedua-dua pejabat ini agar usul dan cadangan ini dapat perhalusi serta dipertimbangkan agar Melayu dapat menikmati limpahan ekonomi ini.
  • Memohon agar agenda penglibatan orang Melayu dalam RTB 2030 Kampar tidak disisihkan dan diperuntukan peratusan penyertaan agar kuasa ekonomi melayu tidak tertingal ditelan oleh pembangunan.
  • Memberi kesedaran kepada orang Melayu agar tidak leka untuk merebut peluang yang ada bagi meningkatkan keupayaan ekonomi.
  • Mengadakan dialog ekonomi Melayu dengan agensi kerajaan yang tertentu.

No comments:

Post a Comment