Powered by Blog - Widget

Lagu

Wednesday, May 7, 2014

Kecewa Dengan Keputusan Kabinet...



Hari ini, seorang lagi menteri kabinet 'half past six' DS Najib Razak buat tahi di dalam pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional. Menteri Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu Belaun, secara membabi buta mengeluarkan kenyataan bahawa kabinet hari ini memutuskan untuk membuang ruang kaum yang ada di dalam borang rasmi Kerajaan. Ramai rakyat terutama orang-orang bumiputera amat marah dengan kenyataan ini. Malah Pengarang Kanan Akhbar Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan turut menemplak kenyataan Joseph ini.Hasil pertanyaan kami kepada dua orang menteri menerusi ruang whatsapp, YB Khairy Jamaluddin dan YB Abdul Rahman Dahalan, mengesahkan tiada kertas kabinet dan memo kabinet yang dibuat tentang hal penguguran ruang kaum di dalam borang kerajaan. Joseph Entulu hanya membangkitkan semasa hal-hal lain di dalam mesyuarat kabinet. Kabinet secara majoritinya tidak bersetuju untuk membuang ruang kaum di dalam semua borang kerajaan. Pengecualian hanya diberikan kepada 'non-relevant forms' sahaja.Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak harus bertegas dalam hal ini kerana ini secara langsung telah mengugat kepercayaan rakyat terutama kaum bumiputera kepada pentadbiran DS Najib. Tindakan Joseph Entulu yang membelakangkan kabinet harus dipandang serius dan tindakan sewajarnya seperti menggugurkan beliau dari kabinet harus dilakukan oleh Perdana Menteri. Jangan biarkan anak cucu kita kencing di atas kubur kita bila kita sudah tiada nanti. Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/05/minta-jasa-baik-ds-najibrazak-gugurkan.html#e3oyOIqhExhIQF60.99


No comments:

Post a Comment