Powered by Blog - Widget

Lagu

Monday, May 26, 2014

Penerokaan Tanah Pinggir Lombong Secara Berluasa





KAMPAR – Sumber pendapatan lebih 200 nelayan darat didakwa disekat gara-gara tindakan sebuah syarikat memagar tiga lombong berhampiran Kampung Sri Jelutong, di Malim Nawar.

Tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut yang dikatakan dilakukan tanpa pengetahuan mereka, kira-kira 30 nelayan yang sememangnya bergantung kepada lombong itu sebagai sumber pendapatan berhimpun secara aman bagi menyatakan bantahan pada jam 10 pagi semalam.

Seorang nelayan, Zamri Hassan, 61, berkata, dia kecewa dengan tindakan itu kerana menyara dua anaknya yang masih belajar di institusi pengajian tinggi dan tingkatan enam dengan hasil menangkap ikan di lombong itu.

Menurutnya, lesen menangkap ikan yang dikeluarkan kini tidak berguna apabila lombong berkenaan dipagarkan.

“Ada lesen tapi tiada lombong. Malah, tiga lombong sedia ada bagi meraih pendapatan sejak 40 tahun lalu kini sudah dipagarkan dan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang difahamkan mahu menternak ikan.

“Tindakan itu menyebabkan saya tiada pendapatan sejak dua minggu lalu sedangkan sebelum ini, saya raih pendapatan sebanyak RM30 sehari hasil menjual ikan tilapia,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, penduduk pernah dihalau ketika menjala ikan di kawasan lombong berhampiran dan ikan ditangkap dirampas serta diarahkan membawa sampan pulang.

Sumber berita Sinar Harian:


No comments:

Post a Comment