Powered by Blog - Widget

Lagu

Thursday, May 8, 2014

CINA MEMANG PENCEROBOH, MELAYU TAKKAN MINTA MAAF.



Berikutan kenyataan mengenai orang cina di Malaysia adalah penceroboh yang dibawa oleh pihak British, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) bertegas tidak akan meminta maaf kepada kaum cina kerana ia merupakan fakta sejarah.

Abdullah Zaik Abdul Rahman juga mengecam DAP yang membuat laporan Polis ke atas diri beliau dan menyifatkan DAP sebagai tidak mengamalkan kebebasan bersuara.

Presiden Isma itu turut menyatakan bahawa cina di Malaysia kini telah lupa asal usul mereka dan orang cina perlu disedarkan tentang realiti sebenar tentang kedudukan mereka didalam negara ini.

Selain itu, Abdullah Zaik meminta orang cina supaya menjaga hati dan perasaan bangsa melayu di Malaysia ini terlebih dahulu jika mahu bangsa melayu menjaga hati mereka.

Beliau juga berkata orang cina seharusnya perlu berhati-hati dengan perasaan orang melayu dan orang melayu tak perlu memohon maaf tentang segala sejarah yang telah berlaku.

Berkenaan dengan siasatan Polis yang dilakukan terhadap dirinya berhubung kenyataan tersebut, Abdullah Zaik sedia berkerjasama sepenuhnya dengan pihak Polis dan sedia menerangkan mengapa beliau membuat kenyataan sedemikian. - MPP News

No comments:

Post a Comment